KUALA LUMPUR: Delegasi pegawai kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar pada Selasa, mengadakan pertemuan dengan Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC), Liu Jianchao, di Beijing.
Menurut artikel yang disiarkan di laman web Jawatankuasa Pusat CPC (idcpc.org.cn), Nurul Izzah berkata, dalam pertemuan itu bahawa Malaysia sangat mementingkan hubungannya dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Beliau berkata, berbanding CPC, PKR adalah parti politik muda dan beliau berharap dapat mengetahui lebih lanjut mengenai China dan CPC melalui lawatan itu, termasuk belajar daripada pengalaman China dalam pembasmian kemiskinan.
"Malaysia menghargai tradisi kemerdekaan dan masyarakat majmuk. Pada masa ini, keamanan dan pembangunan dunia, termasuk kestabilan rantaian bekalan, menghadapi banyak cabaran dan pihak Malaysia bersedia bekerjasama dengan pihak China untuk bersama-sama menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini," katanya.
Menyedari bahawa ia merupakan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak menjadi Naib Presiden PKR, beliau berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
"Bukan kebetulan bahawa delegasi kami terdiri daripada 50 ahli," katanya.
Sementara itu, Liu berkata, di bawah bimbingan bersama Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan China-Malaysia telah menikmati pembangunan yang kukuh.
Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin mereka, meningkatkan kepercayaan strategik bersama, menghormati kepentingan teras dan kebimbangan utama masing-masing dan mengukuhkan asas politik bagi komuniti China-Malaysia dengan masa depan bersama.
"Pada masa ini, perubahan penting semakin pesat di seluruh dunia dan rantau Asia Pasifik secara keseluruhannya telah mengekalkan keamanan dan kestabilan. Ini tidak datang dengan mudah.
"Pihak China bersedia untuk bekerjasama dengan negara ASEAN bagi menggalakkan pembangunan bersama di rantau ini dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat," katanya semasa pertemuan itu.
Beliau berkata, CPC menghargai hubungannya dengan PKR dan bertujuan meningkatkan pertukaran peringkat tinggi, komunikasi strategik dan kerjasama melalui platform "parti politik +" untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
"Diharapkan generasi muda kedua-dua parti akan mengukuhkan komunikasi dan menyumbang kepada pembangunan jangka panjang, kukuh dan stabil hubungan antara kedua-dua parti dan kedua-dua negara," katanya sambil menyatakan bahawa belia mewakili masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Nurul Izzah mengetuai delegasi pegawai kanan PKR mengadakan pertemuan dengan Menteri IDCPC Liu Jianchao, di Beijing, pada Selasa. - Foto idcpc.org.cn

Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak asuhan ibu mentuanya dengan mengetuk kepala kanak-kanak lelaki itu sehingga benjol.

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.

Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.