MOSCOW: Menteri Dalam Negeri Uruguay Luis Alberto Heber, Timbalan Menteri Guillermo Maciel dan penasihat presiden untuk komunikasi dan strategi, Roberto Lafluf meletak jawatan di tengah-tengah skandal pemberian pasport kepada pengedar dadah yang dihendaki di pelbagai negara, Sputnik memetik laporan akhbar La Diaria pada Ahad.
Presiden Luis Lacalle Pou berkata bahawa beliau telah menerima surat peletakan jawatan para pegawai terbabit pada Sabtu, lapor saluran berita Uruguay itu.
Ketua pengarah sekretariat kementerian dalam negeri, Nicolas Martinelli akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, manakala Menteri Perindustrian, Tenaga dan Perlombongan Omar Paganini akan menyandang jawatan Menteri Luar.
Pada Khamis, Menteri Luar Uruguay Francisco Bustillo meletak jawatan selepas panggilan telefon mengenai percubaan beliau menghalang siasatan berhubung pemberian pasport kepada pengedar dadah Sebastian Marset yang disabitkan kesalahan didedahkan.
Kes terbabit dilaporkan telah mencetuskan krisis politik bagi presiden negara tu.
Terdapat laporan bahawa Marset menerima pasport baharu pada 2021 menerusi Kementerian Luar Uruguay dalam tempoh sehari semasa dia berada dalam tahanan di Emiriah Arab Bersatu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023

Luis Alberto Heber (gambar) dan Guillermo Maciel dan penasihat presiden untuk komunikasi dan strategi, Roberto Lafluf meletak jawatan berkaitan skandal pemberian pasport. - Wikipedia

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hishammuddin lakukan lawatan rasmi ke Brunei esok
Ini merupakan lawatan rasmi Hishammuddin keempat bulan ini selepas Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Menteri Luar Negeri Hungary disahkan positif COVID-19
Peter Szijjarto dan 12 delegasinya menjalani ujian saringan pada Selasa selepas diuji setelah mereka tiba dari Kemboja.

Malaysia alu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Pengharaman Senjata Nuklear
Malaysia mengalu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).

Malaysia dan Arab Saudi tubuh Jawatankuasa Strategik pasca pandemik COVID-19
Jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Luar Negeri kedua-dua negara itu bakal membincangkan kerjasama dua hala berasaskan ekonomi dan keselamatan.

Wisma Putra perhalusi isu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan di Arab Saudi
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memperhalusi pendekatan untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di Arab Saudi.

PKP: Hishammuddin sangkal dakwaan Malaysia usir warga Indonesia
Hishammuddin berkata kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak bertanggungjawab malah turut dinafikan pihak berkepentingan Indonesia sendiri.

Rakyat Malaysia terkandas di New Delhi dalam perjalanan pulang - Hishammuddin
Menteri Luar berkata, kumpulan pertama rakyat Malaysia yang terkandas di New Delhi selamat berlepas pulang ke tanah air pada Rabu malam.

Selepas pembebasan Siti Aisyah, Vietnam juga mahu perkara sama buat Huong
Menteri Luar Negeri Pham Binh Binh, mahu pihak mahkamah di Malayasia melakukan perbicaraan yang adil dan membebaskan Huong.