NEW DELHI: Menteri Dalam Negeri India, Narottam Mishra menggesa aktor Bollywood terkenal, Aamir Khan untuk tidak lagi berlakon dalam iklan yang menyentuh sentimen agama.
Memetik laporan BBC, iklan yang dilakonkan oleh pelakon berusia 57 tahun ini dilaporkan mencetuskan kemarahan penganut agama Hindu di India.
Iklan yang menampilkan Aamir Khan dan Kiara Advani sebagai pengantin baharu digambarkan seolah ‘memerli’ istiadat perkahwinan kaum Hindu.
“Saya minta beliau (Khan) untuk tidak buat iklan sedemikian demi menjaga adat dan tradisi India,” katanya kepada media India.
Iklan terbaharu untuk sebuah syarikat perkhidmatan kewangan itu memaparkan Aamir Khan datang ke rumah pengantin perempuannya selepas majlis perkahwinan iaitu ritual yang dilakukan oleh pengantin Hindu.
Namun begitu, segelintir penonton mempertahankan iklan itu dan menggelarnya sebagai iklan yang "cemerlang".
"Iklan itu menceritakan bagaimana anak perempuan seharusnya dilayan dengan hormat dan kasih sayang," tulis seorang pengguna Twitter.
Difahamkan, ini bukan kali pertama Aamir Khan dituduh menyentuh sensitiviti kaum Hindu.
Filem terakhirnya, Laal Singh Chaddha diboikot selepas pelakon itu menyuarakan kebimbangan mengenai sikap tidak bertoleransi terhadap agama yang semakin meningkat di negara itu.
Faida Rahim
Sat Oct 15 2022

Iklan yang menampilkan Aamir Khan dan Kiara Advani sebagai pengantin baru digambarkan seolah memerli istiadat perkahwinan kaum Hindu. - Gambar fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Bakal blockbuster! Sunny Deol jadi hero filem terbaharu Aamir Khan 'Lahore 1947'
Peminat menyifatkan kerjasama yang terjalin akan membuat filem tersebut menjadi karya pecah panggung.

Rasa tak adil pada keluarga, Aamir Khan umum cuti lepas 35 tahun bekerja
Bintang Bollywood, Aamir Khan engatakan akan mengambil cuti panjang dari dunia seni.

Menteri gesa Aamir Khan elak iklan anti-Hindu
Menteri Dalam Negeri India, Narottam Mishra memohon kepada aktor Bollywood terkenal, Aamir Khan untuk tidak lagi berlakon dalam iklan yang menyentuh sentimen agama.

15 tahun bersama, Aamir Khan dan isteri umum perceraian
Pasangan itu memaklumkan akan terus membesarkan anak lelaki mereka, Azad bersama dan menjalankan kolaborasi lain.

Kenali Ranchoddas, Phunsukh Wangdu yang sebenar
Jika anda pernah menonton filem tersebut, sudah tentu nama Ranchoddas atau Phunsukh Wangdu bukanlah asing buat anda.

Aamir Khan nafi beri derma senyap-senyap dalam karung gandum
Aktor berusia 55 tahun itu menganggap ada kemungkinan namanya digunakan individu yang tidak mahu kerja amal mereka diketahui umum.

Kejutan imej baharu Aamir Khan
Selain rambut palsu, Aamir turut memastikan perutnya kelihatan boroi.

Aamir Khan tak minat tawaran jadi ahli politik
Bagaimanapun, menurut laporan ZeeNews, Aamir dikatakan menolak tawaran tersebut dan memberitahu bahawa bidang politik bukanlah pilihannya.

China lubuk duit buat 'Pakcik Aamir'
Pada usia 52 tahun, segelintir orang mungkin memilih untuk kurang bekerja namun tidak bagi Pakcik Aamir. Dia mahu melebarkan langkahnya lebih jauh.

Apa nak malu dengan haid? Katrina Kaif sertai kempen #PadManChallenge
Mereka yang menyahut cabaran ini perlu mengambil gambar sambil memegang tuala wanita dan memuatnaiknya ke laman sosial.