KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet, melalui hantaran media sosial masing-masing, mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada masyarakat Tamil di Malaysia hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebook berharap pesta menuai itu akan membawa kegembiraan dan kemakmuran.
"Selamat Hari Ponggal! Semoga pesta menuai ini membawa kebahagian yang tidak terhingga, kemakmuran dan kesihatan kepada anda dan orang tersayang. Ponggal Valthukal," katanya.
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di media sosial pula berharap perayaan Ponggal akan terus membawa kemakmuran, keceriaan dan keharmonian seisi keluarga.
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada semua komuniti Tamil di Malaysia.
"Saya juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat jadikan perayaan ini sebagai antara pemangkin perpaduan negara," katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula mengajak rakyat merayakan sambutan Hari Ponggal dengan semangat yang sihat dan hati yang gembira.
"Kesihatan adalah kekayaan. Kebahagiaan adalah penawar .... Selamat menyambut Hari Ponggal," katanya dalam hantaran melalui Facebook.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berharap perayaan Ponggal memberikan kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna untuk semua.
"Masyarakat India khususnya Tamil meraikan perayaan Ponggal bagi menandakan sambutan musim menuai serta sebagai tanda kesyukuran terhadap rezeki yang melimpah-ruah.
"Hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol dan pemangkin bagi mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baharu. Anaivarukkum Iniya Ponggal Nal Valthukkal," katanya dalam hantaran menerusi Facebook.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendoakan agar sambutan Hari Ponggal tahun ini memberi kemakmuran, kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan untuk semua.
Ponggal menandakan permulaan bulan "Thai" dalam kalendar Tamil dan disambut dengan penyediaan nasi manis untuk keluarga dan rakan-rakan sebagai tanda berterima kasih dengan hasil tuaian yang melimpah-ruah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Eswari Subramaniam (kanan) memasak beras, susu, dan gula perang dalam periuk tanah liat sehingga melimpah bagi menyambut Pesta Ponggal yang disambut hari ini ketika tinjauan di Jalan Tengku Kelana. -Gambar haisan/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kuatkan semangat 'Nambikei', sambut Ponggal dengan ceria - Ramanan
Ramanan harap perayaan Ponggal tahun ini bawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan yang menceriakan buat negara dan masyarakat India.

Ponggal cerminkan kekuatan Malaysia dalam kepelbagaian - Saraswathy
Perayaan seperti Ponggal mengingatkan masyarakat tentang nilai keharmonian, saling menghormati dan perkongsian tradisi yang menyatukan negara.

Menteri kabinet ucap Selamat Hari Ponggal
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap pesta menuai itu akan membawa kegembiraan dan kemakmuran.

Ponggal dan kelaziman baharu, tradisi tetap dikekalkan
Thai Ponggal' lazimnya akan diraikan bersama anggota keluarga dengan berkumpul untuk "menyaksikan" susu yang dimasak di dalam belanga melimpah dan limpahan itu simbolik kepada kebaikan dan kekayaan.

Kekalkan semangat hormat-menghormati - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyeru setiap rakyat mengekalkan semangat hormat-menghormati antara satu sama lain bagi memperkukuh perpaduan di negara ini.

Pesta Ponggal ruang fahami keunikan budaya berbilang kaum - Azmin
Beliau berkata sambutan pesta berkenaan menjadi saksi kepada prinsip bahawa kepelbagaian budaya merupakan satu kekuatan dan keunikan bangsa Malaysia.

Ponggal lembaran baharu buat masyarakat India
Pesta Ponggal bermula pada 14 Jan dengan sambutan Bhogi iaitu amalan membakar barang lama dan lusuh, serta membersihkan rumah sebagai simbolik permulaan baharu pada bulan mulia.

Jangan jadikan sambutan majlis keagamaan pentas berpolitik - Subramaniam
Tindakan DAP mempergunakan majlis keagamaan seperti sambutan Thaipusam di Pulau Pinang beberapa hari lepas, perlu dikawal agar tidak berulang kerana ia suatu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Masyarakat India perlu yakin Ponggal bawa kesejahteraan hidup - Dr Subramaniam
Dr Subramaniam berkata perayaan yang disambut bagi melahirkan kesyukuran atas nikmat yang dicurahkan itu perlu diinterpretasi oleh masyarakat India dalam konteks Malaysia.

Najib janji tidak akan kecewakan harapan masyarakat India
Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji tidak akan mengecewakan harapan dan aspirasi masyarakat India di negara ini terhadap kerajaan BN.