PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.
Kedua-dua menteri dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama termasuk ASEAN, Myanmar dan pakatan kerjasama tiga hala yang melibatkan Australia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat (AUKUS).
Wong juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertemu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli serta menghadiri program-program yang telah diatur oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua negara untuk mengukuhkan lagi hubungan dan meneroka lebih banyak peluang kerjasama di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).
Kedua-dua pihak mempunyai kerjasama erat dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, sains dan teknologi, pendidikan, memerangi keganasan, perdagangan dan pelaburan, menurut kenyataan itu.
Pada 2023, Australia dijadual menghoskan Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) kedua dan Mesyuarat Menteri Luar Negeri (AFMM) kelima di bawah rangka CSP.
Jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2022 meningkat dengan ketara sebanyak 55.4 peratus kepada RM88.65 bilion (AS$20.05 bilion), menjadikan Australia sebagai rakan dagang ke-10 terbesar di peringkat global bagi Malaysia.
Wong dalam satu kenyataan berkata lawatannya ke Malaysia akan mengesahkan semula keutamaan bersama di bawah CSP.
"Saya berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Anggota Kabinet yang baharu, termasuk Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Ekonomi.
"Mesyuarat ini akan memberi tumpuan kepada memajukan hubungan perdagangan dan ekonomi, kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan serantau serta hubungan erat antara rakyat," katanya.
Beliau berkata Australia komited untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menyokong peranan penting ASEAN terhadap keamanan dan keselamatan serantau.
Selepas lawatannya ke Malaysia, Wong dijadual berlepas ke India dan bertemu rakan sejawatnya ketika Mesyuarat Menteri Luar G20 di New Delhi.
Australia menyokong India selaku tuan rumah sidang kemuncak G20 dan mengalu-alukan agenda yang bercita-cita tinggi berorientasikan tindakan, bertemakan 'One Earth, One Family, One Future', katanya.
Tahun ini bakal menyaksikan perkembangan penting dalam hubungan dua hala Australia dengan India berikutan banyak lawatan peringkat tinggi peringkat menteri antara kedua-dua negara.
"Saya berharap dapat bekerjasama dengan rakan sejawatan tentang cara menangani cabaran antarabangsa, termasuk mengukuhkan sistem pelbagai hala, keselamatan makanan dan tenaga, serta bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana," katanya.
Semasa di New Delhi, beliau akan menghadiri Dialog Raisina 2023, forum utama India untuk menangani isu paling mencabar yang dihadapi komuniti serantau dan global.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023

Wong dalam satu kenyataan berkata lawatannya ke Malaysia akan mengesahkan semula keutamaan bersama di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP). - Fail BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.

Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.

PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Australia
Pada pertemuan itu mereka berbincang isu-isu kepentingan bersama termasuk kerjasama ekonomi, dasar luar dan perkembangan serantau.

Menteri Luar Australia Penny Wong adakan lawatan kerja ke Malaysia bermula Isnin
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.

Lawatan ke Sabah umpama balik kampung - Penny Wong
Senator Penny Wong menyifatkan lawatan beliau ke Sabah tidak ubah seperti pulang ke kampung halamannya.

Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Menteri Luar Australia Penny Wong berkongsi sedikit asal usul kelahirannya di Malaysia
Wong dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1968 hasil perkahwinan antara ibunya kelahiran Australia dan bapanya rakyat Malaysia.

Pendidikan satukan Malaysia dan Australia sejak berdekad lalu - Penny Wong
Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.

Menteri Luar Australia lawat Astro AWANI
Senator Penny Wong mengadakan kunjungan ke Astro AWANI sebagai tetamu khas dalam program Consider This.

Menteri Luar Australia adakan lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa
Menteri Luar Australia Senator Penny Wong akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai esok.