SINGAPURA: Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen (MP) di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi.
Balakrishnan dan MP kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC) Holland-Bukit Timah Edward Chia dan MP GRC Jurong Tan Wu Meng hari ini membuat hantaran di laman media sosial mereka mengenai perkara itu, dan menyatakan mereka telah membuat laporan polis.
"Perbuatan ini adalah amat dikesali dan bertentangan dengan nilai dan amalan baik yang kita cuba pupuk dalam masyarakat kita.
Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya," menurut Balakrishnan dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Sementara itu Chia menggesa setiap orang supaya bersatu untuk membanteras aktiviti penipuan ini.
"Dengan peralatan yang sedia ada, sesiapa pun boleh menghasilkan kandungan 'deepfake' dalam masa beberapa minit. Ini boleh mendatangkan ancaman kepada jalinan sosial kita. Jika dibiarkan, ini akan menjejaskan pendirian umum kita dan mereka yang kita sayangi," kata beliau dalam hantaran di Facebook.
Tan dalam platform media sosial sama berkata beliau enggan membuat spekulasi tentang identiti pelakunya dan waktu insiden itu berlaku.
"Tetapi biarlah saya mengatakan ini:"Kami tidak takut dan tidak akan membenarkan sesiapa pun untuk menakut-nakutkan kami atau menghalang kami daripada menjalankan tugas," kata beliau.
The Straits Times (ST) melaporkan pada Jumaat dengan memetik polis bahawa lebih daripada 70 orang menerima surat berbaur pemerasan mengandungi foto lucah mereka dalam Mac dan April.
Surat-surat itu dihantar kepada tempat kerja penerima dan diberi amaran mengenai kesan dan padah bakal diterima mereka sekiranya tidak menghubungi e-mel yang dilampirkan, kata akhbar itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen (MP) di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi. - Gambar fail/BERNAMA
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Menteri Luar Singapura antara yang terima surat dengan ugutan dan imej yang dimanipulasi
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi.

Draf teks CoC di Laut China Selatan di peringkat bacaan kali kedua - Vivian Balakrishnan
Draf teks Kod Tata Laku (CoC) di Laut China Selatan kini di peringkat bacaan kali kedua, menurut Menteri Hal Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Singapura dan Johor setuju teroka bidang kerjasama baharu
Balakrishnan dan para pemimpin Johor mengesahkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Singapura dan Johor.

Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Isu Perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincang PM dan Menteri Luar Singapura
Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan,

Menteri Luar Singapura ke Malaysia esok, eratkan lagi hubungan bilateral
Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai Selasa bagi mengeratkan lagi hubungan bilateral di antara kedua-dua negara.

Malaysia-Singapura perhalusi proses pengiktirafan sijil vaksinasi rakyat kedua-dua negara
Persetujuan dicapai selepas mesyuarat tertutup antara Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.