KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Arab Saudi Dr Yousef Abdullah Al-Benyan menyatakan komitmen untuk menaikkan biasiswa Kerajaan Arab Saudi kepada pelajar Malaysia dan perbincangan lanjut mengenai perkara itu akan dilakukan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat dua hala yang diadakan semasa lawatan kerja beliau ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Persidangan Inisiatif Keupayaan Manusia (HCI).
"Pada masa sama, kami juga bersetuju agar segala kerenah birokrasi membabitkan proses pertukaran pelajar dan proses pendaftaran yang melibatkan visa, pengesahan akreditasi dan sebagainya akan diselesaikan dengan segera.
"Beliau turut memaklumkan Malaysia dan Arab Saudi adalah dua negara bersaudara dan sangat akrab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu Zambry berkata perjumpaan dengan Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz Salman Al Saud telah menyentuh mengenai kerjasama untuk membentuk pusat penyelidikan dan kajian bersesuaian antara Malaysia dan Arab Saudi terutamanya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), teknologi dan peralihan tenaga.
Zambry berkata Putera Abdulaziz yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah King Fahd University of Petroleum and Minerals (KFUPM), Saudi bersetuju untuk berkolaborasi antara universiti dalam negara dengan KFUPM melalui pertukaran pelajar dan tenaga mahir.
Dalam tempoh lawatan kerja itu, Zambry turut bertemu dengan Menteri Perdagangan Saudi, Dr Majid bin Abdullah AlKassabi, Menteri Pelaburan Saudi Khalid Al Falih dan Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Saudi Ahmad Sulaiman AlRajhi.
Beliau berkata ketiga-tiga pemimpin memberi komitmen untuk mengadakan perjanjian dan kerjasama antara kementerian mereka dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui pelbagai cabang seperti latihan pengurusan haji secara dalam talian, kursus dan penyelidikan bersama berkenaan perdagangan, pelaburan serta pertukaran idea dan pengalaman pakar berkenaan sumber manusia.
"Kesemua menteri yang saya temui ini memberikan komitmen bagi memberi ruang dan peluang kepada mana-mana institusi pendidikan negara untuk bekerjasama membina rangkaian pendidikan lebih luas antara Malaysia dan Arab Saudi.
"Mereka akan mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawatan melalui delegasi Arab Saudi ke Malaysia yang dibentuk sebelum ini iaitu Saudi-Malaysian Coordination Council," katanya.
Zambry turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar Buthaina Ali Al Jabr Al Nuaimi dan Menteri Pendidikan Bahrain Dr Mohammed Mubarak Juma.
Menurut beliau kedua-dua pertemuan itu memberi tanda positif kepada hubungan pendidikan tinggi antara Malaysia dengan Qatar dan Bahrain dengan kesemua pihak bersetuju untuk meningkatkan jumlah pelajar ke Malaysia dan sebaliknya menambahkan jumlah pelajar Malaysia ke negara mereka.
"Ini termasuklah program Qatar Foundation yang membantu pelajar di negara konflik belajar di Malaysia untuk diaktifkan semula serta biasiswa untuk pelajar Malaysia ke Qatar.
"Kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha, Qatar kini dalam proses akhir pembukaan untuk beroperasi bakal menawarkan empat program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara pesisir (offshore)," katanya.
Menurut Zambry, secara keseluruhan lawatan kerja ke HCI di Riyadh itu merupakan satu lawatan yang berjaya dalam memperkukuh kerjasama serta memperluas jaringan antara Malaysia dan negara Timur Tengah dalam sektor pendidikan tinggi.
Beliau berkata melalui komitmen dan persetujuan kerjasama bersama Arab Saudi, Qatar dan Bahrain memperlihatkan kepercayaan dan keyakinan negara-negara ini terhadap kemampuan ekosistem pendidikan tinggi negara dalam melahirkan bakat berkualiti dan meneroka bidang-bidang baharu selain memperhebat penyelidikan bagi memanfaatkan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Dr Zambry berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat dua hala yang diadakan semasa lawatan kerja beliau ke Riyadh. - Gambar FB Zambry Abdul Kadir
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im
Permohonan dibuka sehingga 28 Feb, sekali gus memberikan peluang kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.

Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM
Seorang pelajar UUM dari Sabah bimbang tidak akan menerima biasiswa kerana ibunya belum mendapat taraf permastautin tetap (PR).

Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru
Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tahun depan.

Al-Azhar setuju tawar biasiswa bagi pelajar Malaysia cemerlang dalam tiga bidang
Persetujuan itu merupakan sebahagian daripada usaha memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar dari Malaysia.

Permohonan untuk program biasiswa kerajaan Rusia kini dibuka untuk warga Malaysia
Program Biasiswa Kerajaan Rusia untuk pengambilan 2025/2026 kini dibuka untuk permohonan daripada semua warganegara Malaysia yang layak.

Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM
Program itu menggabungkan bantuan kewangan dengan pendedahan industri bagi membolehkan pelajar mencapai aspirasi mereka.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

UNITAR sedia biasiswa RM1 juta kepada anak Pulau Pinang tahun ini
Biasiswa itu meliputi yuran pengajian dan penginapan untuk keseluruhan tempoh pengajian di universiti berkenaan.

Zahir sokongan, KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
KUSKOP menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin.

Menteri Pendidikan Arab Saudi nyata komitmen naikkan biasiswa pelajar Malaysia
Menteri Pendidikan Arab Saudi Dr Yousef Abdullah Al-Benyan menyatakan komitmen untuk menaikkan biasiswa Kerajaan Arab Saudi kepada pelajar Malaysia.