KUALA LUMPUR : Menteri Negara bagi Indo-Pasifik di Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan UK, Anne-Marie Trevelyan akan melawat Malaysia dari 5 hingga 8 September untuk sesi perbincangan mengenai kerjasama iklim, keselamatan serantau dan perdagangan.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, beliau akan bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong untuk mengukuhkan kerjasama dua hala.
Berdasarkan kedudukan Malaysia di tempat ke-12 negara kepelbagaian biologi di dunia, program Trevelyan juga akan memberi tumpuan kepada tindakan iklim dan perlindungan alam semula jadi, menurut kenyataan itu.
Menteri itu dijadual menyampaikan ucapan mengenai perniagaan dan tindakan iklim pada Bengkel PKS Sidang Tadbir Urus Iklim di Kuala Lumpur pada 6 Sept.
Beliau juga akan melawat Sarawak untuk bertemu masyarakat asli Borneo, melawat tapak mengisi minyak untuk bas berkuasa hidrogen dan melihat usaha pemuliharaan biodiversiti di Pusat Hidupan Liar Semenggoh.
Trevelyan akan melawat Laos sebelum tiba di Malaysia, susulan lawatan Setiausaha Luarnya ke Filipina dan China minggu ini.
"Kami mesti bekerjasama dengan rakan kongsi di Indo-Pasifik bagi menangani bersama cabaran global akibat perubahan iklim.
"Melalui perkongsian kami di Laos dan Malaysia, UK menyokong pertumbuhan mampan dan mempercepat peralihan kepada tenaga bersih untuk menjamin masa depan yang berdaya tahan dan makmur," katanya.
Trevelyan berkata semasa Laos bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2024, UK sebagai Rakan Dialog ASEAN akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di seluruh rantau ini untuk meningkatkan kemakmuran dan kestabilan di Indo-Pasifik.
Integrated Review Refresh UK yang diterbitkan pada Mac 2023, menjadikan peningkatan penglibatan dengan Indo-Pasifik sebagai tonggak jangka panjang dasar luar UK.
Dengan lebih separuh pertumbuhan global diunjurkan datang dari Indo-Pasifik menjelang 2050, rantau ini penting dan menjadi keutamaan Perdana Menteri untuk mengembangkan ekonomi UK.
UK secara rasmi menandatangani Protokol Penyertaan blok perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada Julai tahun ini.
Perkongsian itu meletakkan UK di tengah-tengah ekonomi yang berkembang pesat dan dinamik di seluruh Indo-Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Menteri itu dijadual menyampaikan ucapan mengenai perniagaan dan tindakan iklim pada Bengkel PKS Sidang Tadbir Urus Iklim di Kuala Lumpur. - Facebook Anne-Marie Trevelyan

Dua warga Kemboja ditahan disyaki melombong emas secara haram
Dua warga Kemboja ditahan kerana disyaki terlibat melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin semalam.

Empat kampung di Tanah Merah dijangka banjir hari ini hingga 27 Feb
Empat kampung yang terletak berhampiran lembangan Sungai Golok di Tanah Merah dijangka mengalami banjir mulai hari ini hingga Khamis.
Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Beras tempatan 10kg RM26 di pasaran mulai 1 Mac - KPKM
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan dijual di pasaran bermula 1 Mac ini.
[TERKINI] Beras bersubsidi RM26 untuk keluarga miskin mula 1 Mac
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram akan mula dipasarkan di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 1 Mac ini.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu "scammer"
Seorang wanita kerugian RM116,039 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya sejak Disember lepas.
AWANI Ringkas: Purata 4,000 kenderaan lalu depan HKL setiap jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senjata api: 'Saya minta maaf atas apa yang berlaku' - Hafizul Hawari
Hafizul Hawari dihukum penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram.

3 maut, 5 cedera jambatan runtuh di Korea Selatan
Sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Cheonan, Korea Selatan mengakibatkan tiga pekerja maut dan lima yang lain cedera.

Menteri UK Anne-Marie Trevelyan akan lawat Malaysia
Menteri itu dijadual menyampaikan ucapan mengenai perniagaan dan tindakan iklim pada Bengkel PKS Sidang Tadbir Urus Iklim di Kuala Lumpur pada 6 Sept.

Menteri Kewangan UK, Kwasi Kwarteng dipecat
Menteri Kewangan Britain Kwasi Kwarteng pada Jumaat mengesahkan bahawa beliau telah dipecat oleh Perdana Menteri Liz Truss.