KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali yang mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko kesihatan seperti autisme, boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.
Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan semasa sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat itu, berharap agar wakil rakyat Perikatan Nasional berkenaan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
"Kenyataan YB (Yang Berhormat) Dr Halimah Ali tanpa fakta dan data sains telah memberikan pemahaman yang salah kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ras Adiba berkata autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan satu bentuk kekurangan keupayaan dari aspek neurologi yang mengakibatkan masalah dari segi perkembangan bahasa, tingkah laku serta pertuturan yang melibatkan kanak-kanak dan bukannya penyakit fizikal.
Katanya autisme boleh dikenal pasti pada tahap awal pembesaran kanak-kanak bermula usia satu hingga tiga tahun dan mula ketara apabila umurnya meningkat 6 tahun.
Antara faktor penyebab ialah ciri-ciri genetik, sejarah keluarga, usia dan keadaan fizikal ibu semasa mengandung, jarak antara kandungan serta keadaan ketika hamil dan kelahiran bayi.
Katanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan satu daripada 100 kanak-kanak di seluruh dunia menghidap autisme, manakala berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat hingga 30 Jun 2022, seramai 36,601 individu di negara ini disahkan mempunyai autisme termasuk 24,748 di bawah umur 12 tahun.
"Justeru, saya menyeru agar Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat supaya dapat menyegerakan penubuhan Majlis Autisme Kebangsaan, manakala Jabatan Pendaftaran Klinikal Austime perlu memperkenalkan pelaporan wajib bagi kes-kes austime di Malaysia.
"Selain itu, Klinik Subfertili di bawah Lembaga Pendudukan dan Pembangunan Keluarga Negara harus dilibatkan dalam mengatasi masalah austime dalam kandungan (bayi) dan perbanyakkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Autisma Berkefungsian Tinggi (PPDK HFA) di seluruh negara bagi mengembangkan potensi kanak-kanak autisme," katanya.
Beliau turut menyeru agar semua pihak dapat menjaga dan menghormati sensitiviti golongan OKU di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023

Ras Adiba berkata, kenyataan itu boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti OKU di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Menu Rahmah: Kenyataan Ahli Parlimen Kapar cetus salah faham, hina OKU - Ras Adiba
Ras Adiba berkata, kenyataan itu boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti OKU di Malaysia.