JOHOR BAHRU: Menu Rahmah dan Jualan Rahmah tidak menjejaskan atau merugikan mana-mana peniaga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sebaliknya berkata ia membantu meningkatkan jualan mereka dengan kedatangan lebih ramai pelanggan.
"Dua hari hari lepas Pengurus Besar Econsave menyatakan peningkatan 30 peratus jualan di seluruh negara, ini yang kita harapkan maknanya tidak rugi mereka yang memberikan komitmen kepada Jualan Rahmah dan Menu Rahmah ini.
Ia memberikan keuntungan kepada semua pihak, rakyat dapat menikmati harga yang lebih murah ...majoriti peniaga mengatakan dengan menawarkan Menu Rahmah, pelanggan mereka bertambah dan sedikit pun tidak jejas model bisnes," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Menu Rahmah Restoran Burger King di restoran Burger King Persiaran Indah di sini hari ini.
Restoran makanan segera berkenaan merupakan yang pertama di negara ini memperkenalkan Menu Rahmah dalam sajiannnya dengan menawarkan sebiji burger dan sebotol air mineral pada harga RM5 di 140 cawangannya di seluruh negara.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata pihaknya mengambil maklum aduan orang ramai berhubung sesetengah pengusaha kedai makan dan restoran yang mengehadkan waktu penjualan Menu Rahmah.
"Saya terima pandangan (waktu jualan) itu, kita akan selaraskan, akan ada aplikasi direktori dan kita akan pamerkan operasi di mana menu boleh didapati, mula pukul berapa dan sampai pukul berapa. Kita sedang bangunkan dan akan siap dalam masa terdekat.
Pandangan itu akan diambil pihak kementerian untuk memudahkan pelanggan menikmati Menu Rahmah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika merasmikan Burger Menu Rahmah di Restoran Burger King di Persiaran Indah hari ini. - Foto BERNAMA
Kemelesetan dunia dielakkan, inflasi susut: WEF 2025 di Davos Fokus pada kerjasama global
Pemimpin ekonomi dunia berkumpul di World Economic Forum (WEF) 2025 untuk membincangkan cabaran global. IMF Chief Kristalina Georgieva memuji kejayaan menurunkan inflasi tanpa kemelesetan, sementara Presiden ECB Christine Lagarde menekankan kepentingan institusi antarabangsa dan perdagangan terstruktur. Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menyeru usaha mengelak pemecahan dunia menjadi blok ekonomi.
Rekod penduduk tinggalkan New Zealand cecah paras tertinggi
Bilangan penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan sehingga November 2024.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Topi ‘Canada Is Not For Sale’ tular
Ancaman lisan Donald Trump terhadap Kanada telah mencetuskan idea kreatif seorang usahawan, selepas pendekatan konfrontasi presiden baharu Amerika Syarikat itu menginspirasikan tindakan balas simbolik.
Liam Mooney, pengasas firma reka bentuk di Ottawa, mencipta topi dengan slogan "Canada is Not for Sale" sebagai respons kepada ancaman tarif Trump dan cadangan bahawa Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Liam Mooney, pengasas firma reka bentuk di Ottawa, mencipta topi dengan slogan "Canada is Not for Sale" sebagai respons kepada ancaman tarif Trump dan cadangan bahawa Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Israel tangguh pengunduran tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel dijangka melebihi tempoh 60 hari pengunduran seperti dalam gencatan senjata. Netanyahu dakwa perjanjian belum dilaksana sepenuhnya oleh Lubnan.
Arab Saudi usaha hapus sekatan ekonomi Syria
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, seru kerjasama antarabangsa untuk membatalkan sekatan ekonomi Syria demi aliran pelaburan dan pembangunan semula negara itu.
Putin sedia berunding dengan Trump, seru penyelesaian perang
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Presiden AS, Donald Trump, mengenai isu penting, termasuk perang Ukraine, bergantung kepada pentadbiran AS.
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.