TAIPING: Seorang bekas banduan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas kesalahan menipu dengan menyamar sebagai peguam, Ogos lalu.
Majistret Nur Atiqah Sapari menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, P Maniarasan, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki dengan memperdaya kononnya dia seorang peguam bertauliah yang menjanjikan khidmat perundangan tidak wujud sehingga mendorong mangsa memberikan wang RM2,234 secara pindahan ke akaun bank.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menipu individu sama dengan mendorongnya memberikan wang tunai RM882.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 1.51 petang pada 12 Ogos dan 5 petang, 8 Ogos lalu.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan bagi pertuduhan pertama serta penjara 18 bulan dan satu sebatan bagi pertuduhan kedua.
Majistret Nur Atiqah Sapari bagaimanapun memerintahkan hukuman tersebut dijalankan serentak bermula Khamis lalu.
Pada prosiding sama, tertuduh turut mengaku bersalah atas tuduhan mencuri dua utas rantai milik dua wanita dalam bangunan yang dijadikan tempat kediaman di Jalan Azizul Rahman, Ipoh, antara jam 4 petang pada 2 Mei hingga 3 pagi, 5 Mei lalu.
Dia yang didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dijatuhi hukuman penjara satu tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 23 November lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun manakala Maniarasan diwakili peguam Yayasan Biro Guaman Kebangsaan (YBGK), T Selva.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 09 2022

P. Maniarasan dihukum penjara 18 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menipu dan mencuri. - Foto BERNAMA

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Penjara Israel cuai didakwa punca bekas banduan Palestin maut
Ismail disahkan menghidap leukemia dan tidak dikesan atau dirawat sewajarnya semasa beliau berada dalam tahanan.

Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.

Kes bekas banduan miliki bahan berkaitan Daish dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Kota Bharumembenarkan permohonan memindahkan kes bekas banduan didakwa memiliki bahan berkaitan kumpulan Daish dipindah ke Kuala Lumpur.

Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan
Katanya, ada bekas banduan kembali ke penjara kerana tidak diberikan peluang kedua oleh masyarakat dan ini tidak sewajarnya berlaku.

Amang seksual: “Saya hanya lakukan demonstrasi” - Tertuduh
Seorang bekas banduan didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Bekas banduan mengaku tidak bersalah rompak, cuba rogol warga emas
Seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Rabu atas pertuduhan mencederakan, merompak dan cuba merogol seorang wanita warga emas, minggu lepas.

Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.

Beri peluang kedua, kesilapan lalu bukan tiket terus menghukum
Sikap masyarakat yang berterusan menghukum menyebabkan ada dalam kalangan mereka sukar berubah.

Bekas banduan bunuh ibu bapa sebelum tembak pemandu di lebuh raya sesak
Suspek, Joseph Eaton, 34, seorang bekas banduan baru sahaja dibebaskan pada 14 April lalu dari Pusat Koreksional Maine di Windham.