MELAKA: Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner dan mempunyai gelaran Datuk ditahan polis selepas memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian lebih RM2 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, lelaki berusia 37 tahun itu menyamar sebagai pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pahang.
Beliau berkata, suspek memperdayakan wanita berusia 49 tahun yang tidak bekerja kononnya mangsa terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram serta penjualan dadah.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan telah menyerahkan nombor TAC akaun RHB Bank miliknya kepada suspek sebelum mendapati sebanyak 164 transaksi pemindahan wang berjumlah RM2,08,736 telah dibuat ke 17 akaun lain dipercayai akaun 'mule' dalam tempoh 11 Januari hingga 20 Januari lalu.
"Siasatan lanjut mendapati daripada 17 akaun terlibat, dua akaun dimiliki seorang lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat swasta di Lembah Klang.
"Hasil siasatan mendapati sebanyak 39 transaksi kemasukan wang berjumlah RM331,500 dibuat ke akaun suspek dari akaun mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, wang berkenaan merupakan wang tuntutan insurans abang mangsa yang meninggal dunia.
"Suspek kini direman sehingga Jumaat ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengalih atau menyembunyikan harta secara tidak jujur," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Menyamar polis tipu wanita RM2 juta
Sinar Harian
Thu Jun 10 2021

Suspek memperdayakan mangsa kononnya dia terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram dan penjualan dadah.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Suami isteri ditahan miliki dadah lebih RM2 juta diseludup melalui Sungai Golok
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana memiliki dadah jenis heroin dan pil kuda bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, di sini, pada Ahad.

Menyamar polis tipu wanita RM2 juta
Suspek memperdayakan wanita yang tidak bekerja kononnya mangsa terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram serta penjualan dadah.

Mahkamah selesai dengar rayuan kes Tengku Adnan, tarikh penghakiman belum ditentukan
Mahkamah Rayuan hari ini selesai mendengar rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta.

Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta
Hakim ketika menyampaikan keputusan berkata pihak pembelaan yang diketuai Datuk Tan Hock Chuan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah atas pertuduhan itu.

Keputusan kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan pagi ini
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini, pada 14 Jun 2016.

Keputusan kes rasuah RM2 juta Ku Nan diketahui esok
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengetahui nasibnya esok, sama ada disabitkan atau dilepaskan daripada pertuduhan rasuah RM2 juta.

Polis tahan 6 suspek kes culik ahli perniagaan, isteri
Semua suspek berusia antara 24 hingga 58 tahun itu ditangkap dalam operasi khas antara 1 hingga 4 Disember lalu.

Selangor lulus RM2 juta beli dron pantau pencemaran sungai - Exco
Usaha itu sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan kawalan pemantauan bagi mengesan punca pencemaran sungai lebih awal.

Bicara kes Ahmad Maslan gagal isytihar RM2 juta bermula 16 Okt
Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad menetapkan empat hari iaitu 16 dan 23 Okt ; 6 Nov serta 24 Dis untuk perbicaraan, semasa sebutan kes, hari ini.

Bekas pegawai khas politik Mohd Isa, diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih
Muhammad Zahid memaklumkan perkara itu kepadanya sebelum bermulanya mesyuarat bersama pelabur dari Jepun di sebuah hotel di Putrajaya pada 8 Jun 2018.