MERCY Malaysia mahu mengumpul RM5 juta bagi membantu pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh dan RM1 juta bagi membantu penduduk Islam di Utara Rakhine, Myanmar.
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata mereka kebimbangan utama mereka ialah berlaku wabak penyakit ekoran keadaan persekitaran yang padat dengan penduduk yang melarikan diri.
"Kami merayu setiap orang untuk menyumbang bagi menjadikan kehidupan di Cox's Bazar lebih baik," kata Dr Ahmad Faizal dalam satu kenyataan.
Sumbangan boleh dibuat kepada 'Rohingya Relief Fund' MERCY Malaysia di www.mercy.org.my.
Beliau berkata keperluan yang mendesak di sana ketika ini ialah perkhidmatan kesihatan dengan MERCY Malaysia telah menyediakan bantuan di klinik kesihatan di kem Thangkhali dan Balukhali sejak penghujung bulan lepas.
"Pegawai perubatan kami di klinik di Thangkhali merawat 100 pesakit setiap hari sementara di kem Balukhali kira-kira pesakit 300 sehari.
"Sehingga kini hampir 7,000 pesakit dirawat kerana cirit birit, sakit kepala, demam atau jangkitan, masalah kulit dan radang perut," katanya.
Dr Ahmad Faizal berkata MERCY Malaysia juga dalam proses mewujudkan ruang mesra kanak-kanak pelarian di bawah umur 17 tahun yang mengalami kesan tekanan di Myanmar.
Beliau berkata pihaknya akan memfokus kepada pusat kesihatan di kawasan Sambungan Kutupalong Blok D yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan.
"Turut dirancang ialah sistem klinikal yang sempurna dan sistem rujukan bagi merujuk pesakit dengan keadaan kronik ke pusat rujukan seperti Hospital Besar Cox's Bazar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017

Keperluan yang mendesak di kem pelarian di Cox's Bazar ketika ini ialah perkhidmatan kesihatan. - Gambar fail

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

SPKK kumpul dana RM10,000 untuk Palestin
Kempen ini adalah simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin dan mencerminkan nilai ihsan serta belas kasihan.

Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.

Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.

TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.

Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.