KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia, dalam usaha mengurangkan impak psikologi ke atas petugas barisan hadapan semasa dan selepas pandemik COVID-19, telah memulakan program intervensi dengan mewujudkan pusat, modul latihan serta mengagihkan kit rawatan kendiri kesihatan mental.
MERCY Malaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan petugas barisan hadapan memainkan peranan penting sepanjang pandemik yang menjadi sumber utama tekanan moral dan mendedahkan mereka kepada risiko mengalami kerisauan.
"Menyedari hal ini, MERCY Malaysia telah memulakan program intervensi bagi menyokong ketahanan dan kesejahteraan kesihatan mental kakitangan termasuk menubuhkan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang turut berfungsi sebagai 'ruang selamat' bagi sokongan psikoterapi," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Pusat MHPSS di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) secara rasmi membuka pintunya kepada petugas barisan hadapan semalam manakala Pusat MHPSS di Hospital Kuala Lumpur dijadualkan beroperasi pada 30 Ogos ini.
Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia Zuraidah Mian berkata Pusat MHPSS akan membolehkan sesi psikoterapi dijalankan secara bersemuka untuk petugas barisan hadapan dalam persekitaran yang kondusif dan sulit.
"MERCY Malaysia akan terus menilai dan membangunkan intervensi kesihatan mental bagi mengurangkan impak pandemik dengan melindungi serta menggalakkan kesejahteraan psikologi petugas kesihatan semasa dan selepas penularan wabak," menurutnya dalam kenyataan itu.
Modul latihan organisasi itu bertujuan menyediakan modul dan mekanisme yang boleh dipercayai untuk petugas kesihatan menangani petunjuk tekanan manakala kit kendiri kesihatan mental yang diagihkan MERCY Malaysia adalah bantuan kecemasan psikologi (PFA) yang mempunyai maklumat berkaitan pengurusan fizikal dan emosi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

Pusat MHPSS akan membolehkan sesi psikoterapi dijalankan secara bersemuka untuk petugas barisan hadapan dalam persekitaran yang kondusif dan sulit. - Facebook MERCY Malaysia

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza terus kuat bukan saja kerana semangat rakyatnya, malah kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.

Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.

Mercy Malaysia raih RM6 juta untuk Tabung Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria 2023
"Organisasi korporat, institusi, para dermawan dan anggota masyarakat patut menyumbang bagi memastikan pendanaan dan sokongan yang konsisten."

Mercy Malaysia aktifkan Pusat Operasi Respons Banjir
Bantuan kemanusiaan merangkumi sokongan penjagaan kesihatan; makanan dan nutrisi; air, sanitasi dan kebersihan serta logistik dan operasi.

Mercy Malaysia aktifkan pelan tindak balas kemanusiaan Afghanistan
Pelan itu merangkumi bantuan makanan; sokongan penjagaan kesihatan dan COVID-19 serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH).

Mercy Malaysia sumbang RM500,000 aset perubatan bagi hospital medan COVID-19 Labuan
Mercy Malaysia sumbang aset perubatan di bawah tindak balas kecemasan untuk membantu melengkapkan hospital medan COVID-19 Labuan.

COVID-19: MERCY Malaysia sedia lakukan intervensi secara optimum di Sabah
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) bersiap siaga bagi melakukan intervensi secara optimum termasuk membantu frontliners di hospital

32 sekolah terpilih fasa pertama 'kiosk cuci tangan'
Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia itu akan diperluaskan di seluruh negara.

COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.

MERCY mahu kumpul RM5 juta bantu pelarian Rohingya
Kebimbangan utama MERCY Malaysia ialah berlaku wabak penyakit ekoran keadaan persekitaran yang padat dengan penduduk yang melarikan diri.