KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia menggesa gencatan senjata segera dilakukan terhadap perang Israel-Gaza yang sedang berlaku bagi menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.
MERCY Malaysia dalam kenyataan hari ini, berkata ia akur dengan cadangan gencatan senjata Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden baru-baru ini, menekankan keperluan mendesak untuk menghentikan semua tindakan ketenteraan.
Pertubuhan itu menekankan kesan teruk kepada orang awam dan halangan besar terhadap usaha kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
"Keganasan yang semakin memuncak telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan yang besar, perpindahan besar-besaran dan kemusnahan infrastruktur kritikal.
"Kemudahan perubatan tidak dapat menampung pesakit dan akses kepada perkhidmatan penting termasuk penjagaan kesihatan, makanan, dan air bersih, sangat terhad," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, krisis kemanusiaan semakin parah dengan setiap hari yang berlalu, menjadikan gencatan senjata langkah penting untuk mencegah kehilangan nyawa lebih lanjut dan mengurangkan penderitaan mereka yang terperangkap dalam konflik berkenaan.
Pertubuhan itu menyatakan bahawa pembukaan sepenuhnya pintu sempadan untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan adalah penting dalam menangani keperluan mendesak penduduk.
"Pasukan kami di lapangan telah menyaksikan sendiri kesan buruk daripada konflik itu. Tanpa gencatan senjata, penghantaran rawatan, bekalan dan sokongan perubatan penting terjejas teruk," menurut kenyataan berkenaan.
Ia menyatakan gencatan senjata akan memberi tempoh kritikal kepada organisasi kemanusiaan seperti MERCY Malaysia untuk beroperasi dengan selamat dan berkesan, sekali gus menyampaikan bantuan menyelamatkan nyawa kepada golongan paling rentan.
Ia berkata bahawa menghentikan keganasan adalah langkah pertama ke arah penyelesaian yang berpanjangan serta perlindungan nyawa orang awam dan masyarakat antarabangsa mesti bersatu dalam menyokong cadangan itu serta memastikan prinsip kemanusiaan menjadi panduan dalam setiap tindakan yang diambil.
MERCY Malaysia kekal komited terhadap misinya untuk menyediakan bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan serta bersedia menyokong semua usaha yang bertujuan untuk mencapai keamanan dan kestabilan di rantau itu.
Sementara itu, Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza, walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera.
Lebih 36,500 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 83,000 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Hampir lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar Gaza runtuh di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang dalam keputusan terbarunya telah memerintahkan Tel Aviv untuk segera menghentikan operasinya di Rafah, iaitu lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

MERCY Malaysia berkata ia akur dengan cadangan gencatan senjata Presiden AS Joe Biden baru-baru ini, dan menekankan keperluan mendesak untuk menghentikan semua tindakan ketenteraan.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza terus kuat bukan saja kerana semangat rakyatnya, malah kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.

Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.

Mercy Malaysia raih RM6 juta untuk Tabung Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria 2023
"Organisasi korporat, institusi, para dermawan dan anggota masyarakat patut menyumbang bagi memastikan pendanaan dan sokongan yang konsisten."

Mercy Malaysia aktifkan Pusat Operasi Respons Banjir
Bantuan kemanusiaan merangkumi sokongan penjagaan kesihatan; makanan dan nutrisi; air, sanitasi dan kebersihan serta logistik dan operasi.

Mercy Malaysia aktifkan pelan tindak balas kemanusiaan Afghanistan
Pelan itu merangkumi bantuan makanan; sokongan penjagaan kesihatan dan COVID-19 serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH).

Mercy Malaysia sumbang RM500,000 aset perubatan bagi hospital medan COVID-19 Labuan
Mercy Malaysia sumbang aset perubatan di bawah tindak balas kecemasan untuk membantu melengkapkan hospital medan COVID-19 Labuan.

COVID-19: MERCY Malaysia sedia lakukan intervensi secara optimum di Sabah
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) bersiap siaga bagi melakukan intervensi secara optimum termasuk membantu frontliners di hospital

32 sekolah terpilih fasa pertama 'kiosk cuci tangan'
Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia itu akan diperluaskan di seluruh negara.

COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.

MERCY mahu kumpul RM5 juta bantu pelarian Rohingya
Kebimbangan utama MERCY Malaysia ialah berlaku wabak penyakit ekoran keadaan persekitaran yang padat dengan penduduk yang melarikan diri.