KUALA LUMPUR: Watsons Malaysia membawakan kempen Watsons Rahsia Gaya Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 yang kini berlangsung sehingga 8 Mei ini.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, kempen tersebut menawarkan promosi menarik dengan diskaun sehingga 50 peratus bagi pembelian di kedai Watsons mahupun secara online.
Menurut beliau, pihaknya turut menghasilkan sebuah filem jenama istimewa yang bertajuk Rahsia Gaya Raya pada tahun ini.
“Kempen diadakan ini mencerminkan komitmen kami dalam mengeratkan rakyat Malaysia menjelang musim perayaan tidak lama lagi ini. Filem dihasilkan ini juga sangat menarik kerana ia diilhamkan oleh karya detektif dan bertemakan misteri.
“Rahsia Gaya Raya mengetengahkan kepentingan kasih sayang, kebersamaan dan mengatasi cabaran sebagai sebuah keluarga. Kami berharap kisah ini akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai orang tersayang dan membina silaturahim yang lebih kukuh sempena perayaan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Pelancaran Watsons Rahsia Gaya Raya di sini pada Rabu.
Rahsia Gaya Raya membawa kisah dua beradik yang bersaing mendapatkan perhatian dan kasih sayang ibu mereka. Melalui keazaman serta kerjasama, mereka menyelesaikan sebuah misteri yang berlaku hingga akhirnya berjaya membawa keluarga mereka erat semula.
Filem tersebut menampilkan barisan pelakon seperti Duta Watsons Malaysia, Ayda Jebat, Fyna Jebat serta pelakon terkenal Didie Alias, Faizal Hussein dan Nabil Mahir.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Pemasaran dan Pelanggan, Watsons Malaysia, Danny Hoh mengajak semua ahli Watsons dan orang ramai merebut peluang mendapatkan produk kosmetik, penjagaan diri dan kulit serta rangkaian kesihatan mereka pada harga menarik.
“Kami menawarkan hadiah bernilai sehingga RM5,888,888 termasuk dua buah kereta jenama Perodua, barangan kemas yang menarik dan baucar tunai daripada Poh Kong selain baucar Watsons apabila berbelanja RM80 keatas menggunakan kad VISA.
“Selain itu, pelanggan juga boleh membeli anak patung Unik edisi terhad pada harga RM29.90 (atau dengan lapan e-setem dengan tambah RM9.90 di dalam talian), yang mana hasil jualan akan disalurkan kepada Yayasan Chow Kit,” ujarnya.
Watsons Malaysia turut komited dalam meneruskan usaha dalam menyumbang semula kepada komuniti sempena Raya yang yang bakal menjelang. Syarikat itu meyumbang barangan kesihatan and kecantikan bernilai lebih RM210,000 kepada 17 buah rumah kebajikan dan yatim di seluruh negara.
Pasukan pengurusan dan kakitangan syarikat juga melawat Kampung Orang Asli Serendah untuk membina dua buah tandas awam bagi mengalakan pengamalan kehidupan sihat dalam kalangan masyarakat.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Haikal Raman
Mon Apr 10 2023
Watsons berharap kisah ini akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai orang tersayang dan membina silaturahim yang lebih kukuh sempena perayaan ini.
Sembilan ditahan dipercayai terbabit penipuan pekerjaan antarabangsa
Polis Melaka menahan sembilan individu termasuk tiga warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan antarabangsa.
Dunia berubah, adakah definasi kemiskinan juga sama?
Perubahan dunia khususnya pasca pandemik menyaksikan angka kemiskinan melonjak. Namun sejauh mana dunia memahani erti kemiskinan sebenar dalam konteks dunia moden? Ikuti diskusi bersama Prof Stefan Dercon, profesor di Blavatnik School of Government, Oxford.
Penglibatan Malaysia di Uzbekistan cermin komitmen yang kukuh - Duta
Ilham Tuah Illias meluahkan rasa bangga terhadap sumbangan negara kepada pembangunan Uzbekistan.
Budak 7 tahun cedera parah, terlanggar 'mirror maze' di taman awam
Kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga mengunjungi taman awam tersebut sekitar jam 9.30 malam.
Suami pukul isteri gara-gara mahu pindah dari rumah mentua
Siasatan awal mendapati pelaku naik angin setelah mangsa mengajaknya tinggal di rumah sewa.
Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM
Amalan di bulan Ramadan memberikan satu penegasan tentang disiplin, kekuatan rohani, keyakinan dan sifat yang lebih sederhana.
Ketidakpastian dasar perdagangan kesan kepada sentimen pelabur
Perbincangan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan ini akan meneliti mengapa ketidakpastian dasar perdagangan memberi kesan kepada sentimen pelabur, sejauh mana kesannya, dan berapa lama gangguan pasaran ini dijangka berlarutan.
FBM KLCI dijangka antara 1580 - 1600 mata
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan pelabur fokus pada sektor pembinaan, utiliti, dan teknologi berikutan sentimen positif dan perkembangan terkini dalam sektor-sektor tersebut.
Ringgit dijangka diniagakan pada 4.40-4.45 berbanding dolar AS minggu ini
Perkembangan perdagangan dan sentimen risiko yang meluas dijangka mempengaruhi ringgit yang diunjur diniagakan dalam julatĀ 4.40-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.
Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan
Operasi diteruskan jam 8 pagi ini dengan kekuatan enam anggota dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Watsons Malaysia lancar kempen 'Dimensi Raya Paling Unik', angkat tema kekeluargaan
Watsons Malaysia melancarkan kempen Raya bertemakan 'Dimensi Raya Paling Unik' yang menampilkan promosi menarik di kedai dan atas talian serta filem jenama bertajuk Watsons Dimensi Raya Paling Unik.
Watsons Malaysia buka cawangan ke-700, tawar pengalaman membeli tiada tandingan
Watsons KSL Esplanade, Klang itu menekankan integrasi OO (Online Offline), menampilkan konsep terbaharu G9.
Meriahkan Aidilfitri anda dengan Watsons Rahsia Gaya Raya!
Kempen itu menawarkan promosi menarik dengan diskaun sehingga 50 peratus bagi pembelian di kedai Watsons mahupun secara online.
Watsons Malaysia mohon maaf atas video Legenda Cun Raya
Watsons Malaysia semalam membuat permohonan maaf di atas video Legenda Cun Raya yang mengundang reaksi negatif daripada orang ramai.