Tindakan 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' atau Ibrahim Mat Zin yang membuat ritual melindungi Malaysia daripada ancaman Korea Utara dengan menggunakan meriam buluh hanya gimik semata-mata.
Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup berkata, paling penting doa seluruh rakyat negara ini untuk memastikan negara sentiasa aman dan isu kedua-dua negara dapat diselesaikan segera.
"Apa yang dibuat Raja Bomoh itu hanya gimik, dia hanya mahu menarik perhatian masyarakat agar sensitif dengan isu Korea Utara.
"Tidak ada yang perlu dihairankan, Raja Bomoh memang akan melakukan sesuatu perkara untuk menarik perhatian masyarakat, kita sebagai rakyat perlu berdoa agar isu ini berakhir segera," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rani mengulas video Ibrahim bersama beberapa orang pengikutnya pada Ahad yang dirakan melakukan ritual di tepi pantai mengunakan teropong, dua biji kelapa dan lima buah meriam buluh sebagai simbolik selain berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat di negara ini.
Video ritual Raja Bomoh yang dikatakan upacara untuk melindungi Malaysia daripada ancaman negara asing, khususnya Korea Utara - Sumber YouTube Rakyat Post
Video berdurasi tiga minit 18 saat yang dimuat naik portal smasanews.com itu turut memuatkan pesanan Ibrahim yang meminta seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk sama-sama mempertahankan maruah negara dalam menghadapi ancaman Korea Utara.
Sebelum ini, pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah meminta Jabatan Agama Islam dapat segera menangkap Ibrahim seperti beberapa kes syirik agama sebelum ini.
BACA: Raja Bomoh' turut bantu cari pesawat MH370
BACA: Tangkap raja bomoh, letak sebilik dengan Anwar Ibrahim - Pendakwah bebas
Ibrahim pernah menggemparkan negara kerana berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat untuk mencari pesawat MH370.
Ibrahim juga pernah dilihat berjalan di sekitar kawasan di mana mendiang Karpal Singh meninggal dunia sambil memegang suatu objek serupa sebuah mangkuk selain mendakwa kematian Pengerusi DAP itu berpunca daripada gangguan puaka Gua Tempurung.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dilaporkan memberitahu Ibrahim bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika siasatan mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum ini juga pernah menerima ugutan Ibrahim yang mengancam mahu menamparnya "macam buaya" kerana dakwaan aksi bomoh itu memalukan negara.
Wan Syamsul Amly
Mon Mar 13 2017
ABDUL RANI: Tindakan Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin yang membuat ritual melindungi Malaysia dengan meriam buluh hanya gimik semata-mata. - Gambar fail
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Ugut bunuh Dr Mahathir di FB, NGO buat laporan polis
Abdul Rani berkata perbuatan pemilik akaun FB yang menggunakan nama 'Ayahanda Fadzley Mohd Yusof ' itu jelas menggambarkan perbuatan tidak bertanggungjawab.
Meriam buluh hanya gimik Raja Bomoh - Rani Kulup
Tindakan 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' atau Ibrahim Mat Zin yang membuat ritual melindungi Malaysia daripada ancaman Korea Utara dengan menggunakan meriam buluh hanya gimik semata-mata.
5 laporan polis sensasi oleh Rani Kulup setakat ini, #PokemonGo salah satu
Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup dilaporkan telah membuat lebih 1,000 laporan polis sejak tahun 2011.
Selepas digertak, Azwan Ali akhirnya mohon maaf
Laman Twitter sejak beberapa hari ini heboh memperkatakan kisah persengketaan antara Azwan Ali dan peminatnya di atas satu perselisihan faham mengenai cadangan tempat makan.