GEORGE TOWN: Orang ramai yang berada di premis makanan khususnya perokok terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan Op Penguatkuasaan Larangan Merokok di sekitar George Town hari ini.
Op yang di jalankan bermula jam 9 pagi hingga petang Rabu mendapati ada pelanggan tidak menghiraukan larangan merokok yang dikeluarkan apabila secara terang-terangan menghisap rokok di premis makanan tersebut.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Datin Dr Azizah Abd Manan dalam kenyataan memaklumkan merokok di tempat larangan antara kesalahan tertinggi dicatatkan sepanjang operasi itu.
Menurutnya, tempat makan dan kedai berhawa dingin merupakan kawasan yang kerap dikesan individu melakukan kesalahan itu selain pusat membeli belah dan lapangan terbang
Katanya, sebanyak 996 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan itu sepanjang operasi dijalankan bermula Januari sehingga 22 Mac.
Secara keseluruhan, sebanyak 1,182 kompaun dikeluarkan sejak Januari hingga Mac tahun ini.
Beliau berkata, pihaknya beranggapan masih ada di kalangan rakyat yang masih belum patuh dan tidak faham tentang kepentingan larangan merokok di kawasan awam.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa di samping melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok.
Ujarnya, pihaknya akan mempertingkatkan operasi termasuk akan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran mengenai bahaya merokok.
Jelasnya, ketagihan merokok boleh dirawat melalui klinik berhenti merokok yang disediakan di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Mar 23 2022
Sebanyak 996 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan itu sepanjang operasi dijalankan bermula Januari sehingga 22 Mac. - Astro AWANI
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
Masih ada MP degil merokok dalam bangunan Parlimen
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa, masih terdapat ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan dengan merokok dalam bangunan Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.
Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok
Miyata dilaporkan bakal berdepan sesi soal jawab oleh Persekutuan kebangsaan Jepun dan universitinya di Tokyo.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok
Saringkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.
"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.
RUU KPTM mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape
Ia merupakan langkah tepat bagi melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape.