KUALA LUMPUR: Mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pengesahan mengenai mesej palsu itu diterimanya daripada Kedutaan Amerika Syarikat, selain penafian oleh pihak Reuters sendiri.
"Berdasarkan penafian Reuters Press Team di X (sebelum ini dikenali Twitter) dan pengesahan yang saya terima dari pihak Kedutaan Amerika Syarikat, saya sahkan bahawa mesej tular itu adalah palsu," katanya menerusi media sosialnya hari ini.
Terdahulu Reuters mengesahkan tidak melaporkan artikel berita itu yang disebar luas terutama menerusi aplikasi WhatsApp.
"Sebarang dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai negara yang menaja keganasan, adalah palsu," menurut agensi berita berkenaan menerusi platform X.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Fahmi berkata pengesahan mengenai mesej palsu itu diterimanya daripada Kedutaan Amerika Syarikat, selain penafian oleh pihak Reuters sendiri. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mesej tular dakwa Amerika Syarikat kenakan sekatan ke atas Malaysia adalah palsu - Fahmi
Mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Pemberian nombor akaun tanpa TAC, kata laluan tiada elemen risiko - Polis
Pemberian nombor akaun bank semata-mata tidak mempunyai elemen risiko yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian.

Himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan tidak benar - Polis
Polis mengesahkan dua kenyataan yang ditularkan menerusi media sosial berkenaan, akan berlakunya perhimpunan besar-besaran di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada adalah tidak benar.

Tular M Daud Kilau meninggal dunia tidak benar - Isteri
Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia tidak benar.

Polis nafi keluar notis amaran aktiviti jenayah guna kanak-kanak jalanan
PDRM mengesahkan mesej yang ditularkan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan KDN atau PDRM.

Kerajaan Negeri P. Pinang nafi mesej tular berhubung i-Sejahtera
Mesej tular itu memaklumkan pendaftaran untuk golongan B40 bagi memohon bantuan i-Sejahtera yang dibayar oleh kerajaan negeri sebanyak RM200 telah dibuka.

Banjir: Polis, bomba sahkan tiada kejadian 16 hanyut di Telemong
Polis menafikan mesej tular menerusi media sosial hari ini mengatakan 16 orang hanyut dengan lima daripadanya masih hilang kononnya berlaku di Telemong, Bentong.

Mesej tular kes samun bersenjata di Kamunting dan Taiping palsu - Polis
Polis mengesahkan mesej tular yang mendakwa terdapat kejadian pecah rumah dan samun oleh dua lelaki bersenjatakan parang atau pedang samurai di kawasan Kamunting dan Taiping, adalah palsu.

Mesej tular Lajim Ukin meninggal dunia tidak benar
Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin masih dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Sabah.

Mesej tular mengenai kerajaan perpaduan adalah palsu
Dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah menggesa supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan itu adalah tidak benar.