Kerajaan sedang merancang untuk memperbanyakkan lagi mesin pembungkusan 'retort', yang membolehkan makanan yang didermakan disimpan dan tahan lebih lama.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah mesin retort yang banyak dapat membantu menyimpan lebihan makanan dengan lebih baik sebelum diagih kepada mereka yang memerlukan.
"Rancangan kami untuk banyakkan lagi mesin retort ini di dapur-dapur hotel dan kalau musim banjir kita tidak lagi bercakap mengenai sardin dan ikan masin, tetapi ia merupakan bekalan dari hotel iaitu makanan yang kita retort.
"Melalui mesin ini, lebihan makanan di dapur hotel yang tidak disentuh sebagai contoh dalam bulan Ramadan, akan dimasukkan dalam bekas kedap udara, dan dipanaskan pada 125 darjah celsius selama 25 minit dan keluarkan seterusnya makanan itu kita hantar ke makmal dan ia selamat untuk dimakan untuk tempoh satu tahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Penderma Makanan 2019 pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
RUU yang memperuntukkan perlindungan bagi penderma makanan daripada apa-apa liabiliti sivil itu diluluskan, setelah bacaan kali ketiga di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
RUU Perlindungan Penderma Makanan 2019 itu antara lain menyebut penderma makanan akan terlindung daripada sebarang liabiliti, jika terdapat kecederaan diri, penyakit dideritai oleh mana-mana orang atau kematian mana-mana orang diakibatkan oleh penderma makanan, kecuali dapat dibuktikan beberapa perkara yang boleh membuktikan kekhilafan penderma makanan.
Perkara-perkara itu antaranya ialah jika dapat dibuktikan bahawa kecederaan diri, penyakit atau kematian disebabkan oleh kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh penderma makanan.
Sementara itu, Saifuddin berkata pihaknya telah menjalankan projek perintis 'mobile food bank' yang digerakkan ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang, untuk disumbangkan kepada penduduk yang memerlukan.
"Kami berkolaborasi dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjayakan 'mobile food bank' di beberapa kawasan flat di mana lori yang lengkap dengan 'chiller' disediakan, membawa bekalan makanan dari pasar raya (AEON, TESCO atau MYDIN) dan bergerak untuk diberikan kepada kawasan yang dihuni oleh golongan bawahan," katanya.
Turut diluluskan RUU Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 yang antara lain bertujuan mengadakan peruntukan bagi jawatan Timbalan Presiden Mahkamah Perusahaan, untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah sebagai ganti kuasa Menteri bagi merujuk aduan kepada Mahkamah Perusahaan, untuk sebarang perbicaraan berkaitan.
Persidangan Dewan Rakyat disambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 09 2019

Saifuddin berkata pihaknya telah menjalankan projek perintis 'mobile food bank' yang digerakkan ke kawasan PPR di sekitar Lembah Klang, untuk disumbangkan kepada penduduk yang memerlukan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.