KUALA LUMPUR: Kemampuan koperasi untuk menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) secara hibrid atau maya (virtual) adalah titik mula melangkah ke arah alam pendigitalan.
Bagi tahun ini, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koperasi Sahabat) dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) merupakan antara koperasi bersaiz besar yang melaksanakan MAT secara atas talian.
Perkara ini disahkan Pengarah Bahagian Statutori dan Pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Norhayati Ahmad Zainuri hari ini.
Katanya, kemampuan koperasi mengadakan MAT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, menjadikan ia hebat dalam mengadaptasi situasi semasa.
Jelasnya, MAT yang dianjurkan secara hibrid atau maya adalah demi kepentingan anggotanya, sekali gus memastikan pematuhan perundangan koperasi dan memenuhi kehendak stakeholder.
"Wajar untuk koperasi mengadakan MAT malah mengamalkan norma baharu dalam pengurusan koperasi termasuk mengadakan mesyuarat secara maya menggunakan pelbagai aplikasi mesyuarat dalam talian.
"Arahan turut dikeluarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkuatkuasa 31 Mac 2021 berkenaan pematuhan Tatacara Pelaksanaan MAT Koperasi Semasa Penularan Pandemik COVID-19 yang dikeluarkan SKM.
"Tatacara ini menjadi rujukan asas kepada koperasi untuk mengadaptasi kaedah baharu mengadakan mesyuarat agung secara maya sebagai alternatif kepada koperasi untuk mengadakan MAT secara fizikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: 'Semoga barisan hadapan terus komited beri sumbangan terbaik' - SKM
BACA: PKP: SKM terima 493 permohonan kebenaran beroperasi
Katanya lagi, kemampuan koperasi bersaiz besar menganjurkan mesyuarat agung secara atas talian perlu dijadikan contoh kepada koperasi yang bersaiz kecil.
"Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dengan kekuatan 150,000 anggota dan Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad mempunyai lebih 200,000 anggota, berjaya mengadakan MAT pada 27 Jun 2021 dan 26 Ogos 2021 dengan kuorum bersesuaian masing-masing.
"Jadi, koperasi dinasihatkan untuk tidak menjadikan penularan pandemik COVID-19 dan PKP 3.0 sebagai alasan untuk tidak mengadakan mesyuarat agung," ujarnya.
Kata Norhayati lagi, dari aspek perundangan, keputusan dalam mesyuarat yang diadakan secara dalam talian diterima pakai atau menjadi kesepakatan secara bersama, dipersetujui anggota koperasi yang hadir dalam mesyuarat itu.
"Kaedah pengundian boleh ditentukan oleh koperasi sebelum mesyuarat agung khususnya mesyuarat yang diadakan secara dalam talian.
"Pengundian secara elektronik dianggap lebih praktikal kerana sekiranya dicabar keputusan pengundian, koperasi boleh mengemukakan jejak audit (audit trail) sebagai bukti.
"Selain itu, rakaman perjalanan mesyuarat agung hendaklah disimpan sebagai rekod supaya sebarang pertikaian, jika ada, boleh ditangani dengan sebaiknya," katanya.
Katanya lagi, banyak kelebihan yang diperolehi menerusi mesyuarat agung secara atas talian dan hanya perlu mempunyai telefon bimbit dengan talian internet yang baik bagi memastikan kelancaran sidang video.
Sementara itu, Norhayati berkata, SKM turut prihatin terhadap permasalahan koperasi bersaiz kecil, mikro, dan luar bandar yang mempunyai capaian internet terhad.
"Oleh itu, bagi koperasi seumpama ini, SKM boleh mempertimbangkan pelanjutan tempoh mesyuarat agung selama tiga bulan daripada tarikh akhir koperasi sepatutnya mengadakannya.
"Ini bertujuan membantu koperasi bersedia dengan infrastruktur bagi keperluan untuk mengadakan mesyuarat agung secara virtual atau hibrid," katanya.
Koperasi yang berhasrat memohon pelanjutan tempoh mesyuarat agung boleh memohon dari sistem E-Daftar melalui pautan https://edaftar.skm.gov.my, tambahnya.
Astro Awani
Wed Sep 01 2021
![Mesyuarat Agung Tahunan koperasi secara maya selangkah ke arah pendigitalan - SKM Mesyuarat Agung Tahunan koperasi secara maya selangkah ke arah pendigitalan - SKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630470631_BPNORHAYATI.jpg)
Norhayati menjelaskan, koperasi yang hendak meminda Undang-undang Kecil boleh kemukakan permohonan pengurangan kuorum kepada SKM Cawangan Negeri. - Foto SKM
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
![Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739000056_AmirudinShari.jpg)
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
![Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738998395_mayat.jpg)
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
![Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739003480_pilihanrayaindia.jpg)
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
Majikan tidak beri pelepasan perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
![Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738999944_Mengeluh.jpg)
Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.
![Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS, tanpa dana AS - PBB
Penggantungan program bantuan luar oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump boleh menyebabkan 6.3 juta kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh empat tahun akan datang, menurut sebuah organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menangani penyakit itu.
![Mesyuarat Agung Tahunan koperasi secara maya selangkah ke arah pendigitalan - SKM Mesyuarat Agung Tahunan koperasi secara maya selangkah ke arah pendigitalan - SKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630470631_BPNORHAYATI.jpg)
Mesyuarat Agung Tahunan koperasi secara maya selangkah ke arah pendigitalan - SKM
Kemampuan koperasi untuk menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) secara hibrid atau virtual adalah titik permulaan bagi koperasi melangkah ke alam pendigitalan.