Mesyuarat Kabinet kerajaan bagi minggu ini tetap akan diadakan pada Rabu, walaupun sebelum ini telah diputuskan bahawa ia diubah ke hari Jumaat ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung.
Perkara itu disahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang menerima makluman petang tadi mengenai mesyuarat itu yang akan diadakan di Putrajaya.
"Kita sudah putuskan minggu depan mesyuarat kabinet akan diadakan Jumaat, tapi petang tadi dapat arahan esok masih lagi di Putrajaya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mesyuarat itu tidak dapat diubah kepada hari Jumaat minggu ini termasuk keperluan untuk meneliti dokumen-dokumen tertentu esok.
Sebelum ini, kerajaan membuat keputusan bahawa mesyuarat mingguan kabinet yang kebiasaannya diadakan pada hari Rabu diubah ke hari Jumaat ketika mesyuarat Dewan Rakyat sedang bersidang.
Ia susulan kritikan pembangkang mengenai ketiadaan menteri dan timbalan menteri di dalam dewan ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong sedang berlangsung, minggu lepas.
BACA: Gara-gara Dewan kosong, Khairy cadang tukar Mesyuarat Kabinet ke Jumaat
BACA: Kabinet pertimbangkan pindah Mesyuarat Mingguan ke Jumaat
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kerajaan akan menentukan sama ada timbalan menteri perlu menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat pada Rabu, ketika menteri menghadiri mesyuarat kabinet yang bermula pukul 2.30 petang hingga 5 petang.
Beliau berkata tidak timbul isu mengenai ketidakhadiran menteri ketika persidangan Dewan Rakyat jika menghadiri mesyuarat kabinet, kerana kedua-duanya berkaitan dengan soal pentadbiran negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 24 2018

SALAHUDDIN: Kita sudah putuskan minggu depan mesyuarat kabinet akan diadakan Jumaat, tapi petang tadi dapat arahan esok masih lagi di Putrajaya. - Foto fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.