PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak membincangkan apa-apa perkara mengenai jawatan atau rombakan Kabinet, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Kabinet tidak ada bincang apa-apa mengenai jawatan, tak adalah (rombakan). Dah habis (mesyuarat). Saya di sini kan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika ditanya media mengenai ura-ura rombakan Kabinet akan berlaku.
Semalam Anwar juga telah menafikan dakwaan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan berlaku hari ini.
Sebelum itu sebuah portal melaporkan Anwar dijangka mengumumkan rombakan Kabinet hari ini sejurus mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya.
Mohamed Khaled berkata mesyuarat Kabinet hari ini ada membincangkan mengenai penubuhan Kursi Tun Dr Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti diumumkan perdana menteri pada Ogos lepas.
Beliau berkata Kursi bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan Tun Dr Ismail Abdul Rahman kepada kemajuan negara itu akan bermula bulan depan dengan memfokuskan kepada perpaduan dan etnisiti dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Tun Dr Ismail disifatkan sebagai figura perpaduan negara dan merupakan antara tokoh penting yang menggariskan lima prinsip Rukun Negara ketika Malaysia berhadapan dengan peristiwa hitam, 13 Mei 1969.
Allahyarham adalah timbalan perdana menteri semasa pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein daripada tahun 1971 hingga 1973.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika sidang media selepas Perasmian Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 di Dewan Zaaba Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Laporan audit forensik LCS: PAC cadang kerajaan laksana beberapa ketetapan
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan telah menerima laporan audit forensik berkaitan Review of the LCS Programme yang telah dinyahklasifikasikan.

Taman Negara Endau Rompin dicalon sebagai ASEAN Heritage Park
Pencalonan TNJER antara lain akan meningkatkan imej TNJER sebagai kawasan konservasi penting di Johor dan Taman Negara kedua di Semenanjung Malaysia.

Penghadang lut sinar jadi pemisah Mesyuarat Jemaah Menteri
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berlangsung dalam suasana 'norma baharu' apabila kedudukan di antara anggota Kabinet dipisahkan dengan penghadang lut sinar.