BINTULU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mesyuarat kedua berhubung Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang akan diadakan Disember ini diharapkan akan dapat menerima pengiktirafan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai proses audit EUDR.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pengiktirafan MSPO ini bertujuan untuk memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
"Komitmen kita untuk dunia adalah (keluasan) hutan kita mesti tidak kurang daripada 50 peratus, jadi kita kena imbangi keperluan untuk penanaman hasilan (sawit). Pada masa yang sama, kita tidak mengorbankan alam sekitar kita. Ini komitmen kita untuk generasi masa depan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Sarawak di Sungai Selad, Sebemban, kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini, Fadillah berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat kedua berhubung EUDR pada Disember ini.
Katanya mesyuarat pertama yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 4 Ogos lepas telah membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia namun mesyuarat kedua ini kelak akan memuktamadkan sama ada MSPO akan diterima sebagai sebahagian daripada proses audit di bawah EUDR ini.
Terdahulu dalam ucapannya di majlis tersebut, Fadillah berkata beliau telah meminta pekebun-pekebun kecil di Sarawak untuk menyertai Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) bagi membolehkan mereka memohon untuk mendapatkan pengiktirafan MSPO secara berkelompok.
Beliau berkata KPSM boleh membantu untuk memastikan pekebun kecil ini dapat mengusahakan ladang sawit mereka menggunakan kaedah pertanian yang baik dan mematuhi syarat di bawah MSPO.
"Kita tahu kalau setiap pekebun kecil ini hendak mengambil MSPO, kosnya mahal. Sebab itu apa yang kita laksanakan ialah kita tubuhkan koperasi dan melalui koperasi inilah maka kelompok daripada pertemuan kecil ini digabungkan dan koperasi akan mengusahakan untuk diberi sijil MSPO tersebut," katanya.
Menurutnya setakat 30 September lepas, hanya seramai 3,955 pekebun kecil menyertai 18 KPSM di Sarawak berbanding jumlah keseluruhan 46,325 pekebun kecil sawit di negeri itu.
"Disebabkan itu, saya menyeru sesiapa yang belum menjadi ahli untuk menjadi ahli koperasi dan daerah yang belum ada koperasi, cepat-cepat tubuhkan koperasi untuk membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan akhirnya dapat membangunkan industri sawit kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof beramah mesra dengan pekebun dan peserta pada program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Sarawak hari ini. - Foto Bernama
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA - Tengku Zafrul
Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.
Kerajaan lulus 1,165 permohonan bagi program pembiayaan TSPKS 2.0
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kelulusan itu melibatkan keluasan 3,378 hektar dan pembiayaan berjumlah RM52.9 juta.
Belanjawan 2025: KPK kemuka dua cadangan perkasa industri sawit
Kementerian Perladangan dan Komoditi mengemukakan dua cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.
Ini antara sorotan utama lawatan PM ke India
Dalam lawatan tiga hari Anwar Ibrahim, beberapa perjanjian dijangka ditandatangani antara India dan Malaysia.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
Felda berperanan pastikan sektor sawit negara tidak senasib getah
Felda mempunyai peranan penting dalam memastikan kelestarian industri sawit Malaysia supaya dapat mengelakkan nasib yang menimpa sektor getah negara dan tidak berulang.
Hampir 100 peratus kilang, ladang sawit Malaysia diperakui MSPO - PM Anwar
Malaysia sangat percaya bahawa pengeluaran yang mampan adalah jalan ke hadapan untuk industri minyak sawit.