Mesyuarat Khas Menteri-menteri Buruh ASEAN yang berlangsung pada Khamis membincangkan tindak balas dan inisiatif yang diambil oleh negara anggota ASEAN dalam meringankan bebanan yang ditanggung oleh pekerja dan majikan di rantau ini akibat penularan wabak COVID-19.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan malam tadi berkata mesyuarat yang dipengerusikan menterinya Datuk Seri M. Saravanan diadakan melalui persidangan video di Putrajaya.
"Menteri-Menteri Buruh ASEAN, Setiausaha Agung ASEAN Lim Jock Hoi turut menyertai mesyuarat khas ini manakala Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Guy Ryder telah berkongsi pandangan serta pengalaman daripada perspektif global mengenai kesan pandemik COVID-19 terhadap dunia pekerjaan termasuk peluang kerjasama dengan negara anggota ASEAN," menurut kenyataan itu.
Menurutnya Saravanan telah berkongsi maklumat mengenai tindakan dan inisiatif yang diambil oleh Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Antara program di bawah tanggungjawab KSM adalah Program Subsidi Upah yang akan memberi manfaat kepada 8.1 juta pekerja. Bayaran Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) pula akan meringankan beban majikan dan pelatih kemahiran," kata KSM.
Dalam pada itu, mesyuarat itu juga bersetuju dan memperakukan kenyataan bersama oleh Menteri-Menteri Buruh ASEAN, antaranya menyentuh isu hak pekerja yang akan sentiasa dilindungi terutama dari segi pekerjaan, gaji, akses kepada kemudahan kesihatan, dan jaminan keselamatan.
Ini merupakan kali pertama Saravanan mempengerusikan mesyuarat di peringkat ASEAN sejak memegang jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia pada 10 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020

Ini merupakan kali pertama Saravanan mempengerusikan mesyuarat di peringkat ASEAN sejak memegang jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia pada 10 Mac lepas. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA