KUALA LUMPUR: Sebanyak empat lagi kes positif COVID-19 melibatkan kawasan Parlimen telah dikesan semalam, dedah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2021) hari ini, beliau berkata, atas sebab itu beliau cuba mengehadkan tempoh berbahas sehingga pukul 5.30 petang sahaja.
Menurut beliau, lanjutan masa itu juga sebenarnya jauh melebih apa yang dicadangkan Ketua Pengarah Kesihatan (KP), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah iaitu tidak melebihi pukul 2 petang.
“Saya nak terangkan sikit pasal masa ni. Kita pun telah tidak menuruti nasihat dan rekomendasi Tan Sri KP Kesihatan yang susah payah datang ke Parlimen beri penekanan. Kalau nak ikut nasihat beliau, kita sidang sehingga pukul 2 petang sahaja. Sebab beliau amat gusar dan bimbang.
“Semalam dengan hari ni sahaja kita dah ada tiga atau empat kes. Semalam dengan hari ini. Jadi, risiko agak tinggi. Sebab itu saya tetapkan pukul 5.30 tu beri peluang kepada semua berbahas,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mahu mengetahui sekiranya Speaker boleh melanjutkan masa perbahasan bagi memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen.
[LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Khas Parlimen bersidang untuk hari ketiga
Bagaimanapun, Azhar berkata, ia terpulang kepada Menteri bertanggungjawab untuk menentukan tempoh perbahasan bagi hari yang dimaksudkan.
Media sebelum ini melaporkan, dua Ahli Parlimen dikesan positif COVID-19, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk - BN) dan Datuk Dr Mansor Othman (Nibong Tebal - Bersatu).
Beberapa lagi Ahli Parlimen pula terpaksa menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Selain itu, setakat semalam, 12 petugas di Parlimen didapati positif, dan 58 lagi perlu menjalani kuarantin wajib.
Firdaus Azil
Wed Jul 28 2021
![Mesyuarat Khas Parlimen: 4 lagi kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen - Speaker Mesyuarat Khas Parlimen: 4 lagi kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627273430_DewanRakyatsidang.jpg)
Menurut Azhar, disebabkan COVID-19, beliau cuba hadkan tempoh berbahas sehingga pukul 5.30 petang sahaja sekalipun Ketua Pengarah Kesihatan memberi nasihat Dewan Rakyat hanya boleh bersidang sehingga pukul 2 petang sahaja. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640184539_AzharAzizanHarun.jpg)
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
![Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671431497_JohariAbdul.jpg)
Johari Abdul dari kerusi Parlimen ke Speaker
Johari bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.
![Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664889700_TBWANJUNAIDI.jpg)
Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.
![Azhar sah kosongkan kerusi Speaker Azhar sah kosongkan kerusi Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648125788_YangDipertuaDewan.jpg)
Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
Setiausaha Dewan Rakyat akan terlebih dahulu memanggil Ahli Parlimen untuk bersidang sebelum proses pemilihan Speaker baharu dibuat.
![PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623910114_TBAzharAzizanHarun.jpg)
PRU15: Ketua parti diminta serah SD sokong calon Perdana Menteri - Azhar
Dokumen tersebut perlu diserahkan ke Istana Negara selewat-lewatnya esok (21 November) sebelum pukul 2 petang.
![Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666023402_AzharAzizanHarun.jpg)
Saya pernah dipanggil 'barua', tapi saya tak ambil secara peribadi - Azhar Harun
Pengalaman tiga dekad sebagai peguam memudahkan beliau menggalas tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
![Azhar tidak hasrat tanding PRU15 Azhar tidak hasrat tanding PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665405156_AzharAzizanHarun.jpg)
Azhar tidak hasrat tanding PRU15
Penyandang Speaker Dewan Rakyat menegaskan, tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik.
![Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659446230_TBAZHARPARLIMENjp.jpg)
Persidangan Dewan Rakyat batal selaras pembubaran parlimen - Azhar Azizan
Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 yang sebelum ini dijadual bersidang selama 32 hari, dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen.
![Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664880671_TBAZHARAZIZANKL.jpg)
Speaker Parlimen Turkiye lakukan kunjungan hormat ke Parlimen
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
![Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639645398_TBAzharAzizanHarun.jpg)
Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.