KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang berlangsung bermula Isnin diadakan mengikut peraturan mesyuarat dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3), mesyuarat khas itu diadakan apabila berlaku penangguhan dalam sidang Parlimen.
Tambahnya, di bawah peraturan itu juga, ia menetapkan bahawa Perdana Menteri mempunyai prerogatif untuk menetapkan sidang khas tersebut.
"Perkara 11 (3) ini, dia kata urusan mesyuarat khas itu ditetapkan oleh Perdana Menteri, itu prerogatif beliau atau the “business shall be appointed by Prime Minister”, spesifik mengatakan sidang khas ini adalah prerogatif Perdana Menteri, itu yang pertama.
“Kedua, sidang khas ini mesti ditetapkan oleh Perdana Menteri, bukan ditetapkan oleh saya, menteri-menteri lain atau sesiapa sahaja. Ia mesti ditetapkan oleh Perdana Menteri,” katanya pada mesyuarat khas di Parlimen pada Isnin.
LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN, SEMUANYA DI SINI
LAPOR LANGSUNG: Ahli Parlimen kembali bersidang hari ini
Tambahnya, amalan sama juga dilakukan di Parlimen United Kingdom (UK) di mana sidang khas dibenarkan untuk diadakan dengan persetujuan pihak kerajaan.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap persoalan beberapa Ahli Parlimen yang mempertikaikan sidang khas tersebut dan walaupun selepas dijelaskan, masih ada yang tidak berpuas hati.
Situasi itu menyebabkan beliau meninggikan suara dan meminta semua yang mempertikaikan penjelasannya untuk duduk.
"Ini apa yang menjerit-menjerit ini? Saya belum selesai lagi cakap. Boleh dengar tidak saya cakap? Kamu bawa peraturan mesyuarat tapi kamu sendiri tidak ikut peraturan mesyuarat.
“Peraturan mesyuarat kata bila saya bercakap, Yang Berhormnat diam! Jangan ikut peraturan cuma apabila peraturan itu menyebelahi Yang Berhormat. Peraturan itu terpakai kepada semua. Duduk!,” tegasnya.
Beliau kemudian mengarahkan supaya persidangan pada hari itu dimulakan segera mengikut jadual ditetapkan.
Ridauddin Daud
Mon Jul 26 2021
Menurut Azhar Azizan, amalan sama juga dilakukan di Parlimen United Kingdom (UK) di mana sidang khas dibenarkan untuk diadakan dengan persetujuan pihak kerajaan. - Foto BERNAMA
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Guru boleh buat kerja sambilan, Tapi perlu kebenaran
Boleh buat kerja sambilan, termasuk membuka kelas tiusyen, tetapi guru perlu dapatkan kebenaran dan tanpa menganggu tugas hakiki.
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
Individu disyaki salah guna wang pampasan projek balak
SPRM Sarawak reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.
Himpunan rakyat benci rasuah tetap diteruskan - Sekretariat
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu ini tetap diteruskan walaupun pihak polis melarang penganjuran itu.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
AWANI Ringkas: Tugas kerja masih dalam skop
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.