KUALA LUMPUR: Sidang Khas Parlimen yang akan berlangsung bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini, dilihat sudah memadai untuk membawa sebarang permasalahan dan isu bagi dibincangkan.
Penganalisis politik dan pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat, tidak sesuai untuk melangsungkan sidang Parlimen dalam tempoh masa yang panjang kerana situasi COVID-19 yang masih belum dapat dikawal.
"Akan ada sesi perbahasan dan penjelasan untuk mendengar apa sahaja isu yang dibangkitkan. Jadi tak perlu masa yang lama pun.
"Pembangkang yang mengkritik tempoh sidang khas Parlimen ini sebenarnya sudah agak tersasar daripada tujuan asal. Kita boleh peruntukan masa yang lebih panjang nanti, apabila keadaan sudah sedikit pulih," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Beliau juga menolak pendapat bahawa sesi yang bakal berlangsung itu bersifat satu hala, kerana perbahasan masih diadakan.
"Di situ kita nampak ada ketelusan. Katakanlah ia (perbahasan) tidak berlaku seperti yang dijanjikan, Ahli Parlimen boleh menggunakan banyak saluran lain untuk membuktikan tidak berlaku perbahasan, kritikan dan sebagainya.
"Ini bukan perkara sukar memandangkan sidang ini juga akan disiarkan menerusi laman sosial.
"Tindakan pembangkang mengkritik sebenarnya cuma nak memperlihatkan serta mengekalkan momentum kekuatan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang," ujarnya.
Dr Mohammad Tawfik juga mengingatkan ahli politik bahawa apa yang berlaku semasa sidang Parlimen tidak terhenti di situ, sebaliknya, memerlukan tindakan susulan kerana apa yang diperlukan rakyat ialah sentuhan daripada aspek kebajikan.
"Rakyat tak perlukan ahli politik bergaduh di Parlimen tetapi akhirnya mereka tak dapat apa-apa. Mereka tak perlukan perbincangan yang tidak memberi kesan kepada mereka.
"Sidang khas ini sekadar untuk memberi penjelasan dan membawa cadangan tetapi apabila selesai, wakil rakyat kena turun ke lapangan berjumpa rakyat.
"Perbalahan ahli politik, tanpa ada tindakan untuk menjaga kepentingan rakyat, hanya akan menimbulkan rasa bosan dan benci rakyat," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Sun Jul 25 2021
Tidak sesuai untuk melangsungkan sidang Parlimen dalam tempoh masa yang panjang kerana situasi COVID-19 yang masih belum dapat dikawal. - Gambar fail/Bernama
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Guru boleh buat kerja sambilan, Tapi perlu kebenaran
Boleh buat kerja sambilan, termasuk membuka kelas tiusyen, tetapi guru perlu dapatkan kebenaran dan tanpa menganggu tugas hakiki.
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
Individu disyaki salah guna wang pampasan projek balak
SPRM Sarawak reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.
Himpunan rakyat benci rasuah tetap diteruskan - Sekretariat
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu ini tetap diteruskan walaupun pihak polis melarang penganjuran itu.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
KPM sedang gubal dasar pendidikan wajib sekolah menengah - Fadhlina
Menurut Fadhlina, dasar tersebut juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.
Jeneral Joseph Aoun dipilih Presiden Lubnan yang baharu
Parlimen Lubnan pada Khamis memilih ketua tentera, Jeneral Joseph Aoun, sebagai ketua negara.
Pengesahan identiti pengguna media sosial wajar dilaksanakan - Penganalisis
Langkah keselamatan melalui pengesahan identiti pengguna yang membuka akaun media sosial merupakan langkah yang wajar untuk dilaksanakan.
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
NACSA dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 pada Oktober ini.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.