KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mengadakan mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara seawal Oktober ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Kementerian Ekonomi sebagai sekretariat, akan menetapkan hala tuju dan dasar strategik peringkat tinggi yang membolehkan jawatan kuasa kerja untuk menyelaras dan melaporkan kemajuan mengikut peringkat.
"Penubuhan Majlis Tenaga Negara adalah isyarat kukuh kepada hasrat kerajaan untuk bergerak melebihi pelan tindakan dan aspek penting pelaksanaannya," katanya dalam ucap tama pada hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga di sini hari ini.
Rafizi berkata, bagi merealisasikan manfaat ekonomi kepada negara, terdapat tiga struktur kritikal yang akan menjadi asas kepada matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Menurutnya Malaysia memerlukan tadbir urus yang kukuh, pembiayaan yang besar dan sistem pertukaran yang boleh dipercayai dan telus.
Kemudahan Peralihan Tenaga Negara bukan sahaja satu lagi kemudahan yang menempatkan pelaburan kerajaan, malah akan melaksanakan instrumen kewangan gabungan yang inovatif bagi menyatukan pembiayaan daripada saluran awam, swasta dan dermawan, katanya.
"Kerajaan melaksanakannya dengan membuat pelaburan bersama dalam projek-projek utama sebagai modal konsesi atau menerusi institusi kewangan pembangunan, atau secara aktif, membangunkan projek boleh dibankkan yang sedang dilaksanakan melalui bantuan teknikal.
"Matlamat kami adalah untuk memanfaatkan dana hijau tempatan dan antarabangsa yang telah mencatatkan rekod tertinggi pada tahun lepas dan dijangka terus menerima keyakinan pelabur sekiranya kita melaksanakannya dengan berkesan," kata beliau.
Sementara itu, Rafizi berkata Malaysia tidak akan berupaya memafaatkan sepenuhnya potensi sebenar tenaga boleh baharu (TBB) tanpa mewujudkan pertukaran tenaga fizikal di negara ini.
Beliau berkata di peringkat asas, pertukaran perlu kepada negara untuk mengenakan premium harga TBB daripada perdagangan rentas sempadan.
"Apabila pertukaran itu matang, produk yang dibentuk pasaran boleh dicipta untuk memanfaatkan lagi potensi nilai pasaran berbeza yang menghasilkan pulangan baik kepada peserta," katanya.
Rafizi berkata pertukaran itu juga boleh memudahkan kesalinghubungan yang lebih erat di Asia Tenggara, yang saling memberi manfaat kepada rantau ini sebagai satu blok ekonomi tunggal.
"Untuk menjadikan pertukaran ini telus dan adil, agregator pasaran tunggal perlu disediakan supaya pertukaran ini dipercayai bukan sahaja oleh pembeli dan penjual tempatan, malah di peringkat antarabangsa," katanya.
Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Peralihan Bertanggungjawab 2050, laluan rendah karbon untuk sektor tenaga bermula kini hingga 2050, yang lebih progresif berbanding Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 yang dinyatakan sebelum ini.
Rafizi berkata kerajaan juga memanfaatkan potensi nilai ekonomi yang ditawarkan oleh inisiatif dan pengupaya ini, dengan kerajaan menjangka peningkatan 10 hingga 15 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar daripada produk penciptaan pasaran dengan pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).
"Bagi perniagaan pula, infrastruktur dan teknologi akan menjadi pendorong untuk pelaburan masuk. Campuran tenaga lebih bersih dan kecekapan tenaga juga akan mempersiapkan industri kita agar kita bersedia apabila perhatian diberikan kepada produk lebih hijau.
"Untuk rakyat, sebanyak 350,000 pekerjaan akan diwujudkan dalam sektor HGHV di seluruh negara. Apa yang penting, sebanyak 70 peratus daripada keuntungan pendapatan akan dinikmati isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Rafizi (tiga, kiri) sewaktu pelancaran Persidangan Peralihan Tenaga TNB 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Ibu negara hari ini. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sarawak mahu wakil dalam Majlis Tenaga Negara - Abang Johari
Beliau telah menyampaikan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Mesyuarat Kabinet di Kuching pada 16 Sept lepas.

Mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara dijangka pada Oktober ini - Rafizi
Kerajaan bercadang mengadakan mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara seawal Oktober ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.