Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan dakwaan Taufan Lan akan melanda Sabah seperti yang tular di media sosial.
Ketua Pengarah METMalaysia, Alui Bahari berkata orang ramai diingatkan untuk tidak percaya khabar angin itu sebaliknya mendapatkan maklumat sahih daripada pihak METMalaysia.
“Untuk makluman, Taufan Lan yang pada ketika ini berada di timur Filipina dijangka bergerak ke arah utara yang semakin menjauhi rantau Malaysia menuju ke Jepun.
“Kesan sampingan taufan ini telah menyebabkan cuaca lembap beserta angin kencang di barat dan utara Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan mulai 17 Oktober hingga 21 Oktober 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat sahih dari laman sesawang METMalaysia, www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook: Malaysiamet, Twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 1300221638.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Oct 19 2017

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat sahih dari laman sesawang MET, www.met.gov.my.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Kurang taburan hujan punca berlaku kebakaran di Malaysia
Beberapa siri kebakaran hutan termasuk di Miri, Sarawak dan di Gelang Patah, Johor Bahru amat membimbangkan rakyat di negara ini.

100.8km sejam direkod, ekor Taufan Lekima punca ribut di utara Semenanjung - MetMalaysia
Ketua Pengarah MetMalaysia berkata garis badai itu berlaku akibat tumpuan angin di selatan Thailand yang turut menerima kesan sama.

Kerajaan lulus RM1.77 juta hadapi Monsun Timur Laut
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata 5,488 pusat pemindahan sementara yang boleh menampung 1.65 juta mangsa juga disediakan untuk menghadapi MTL.

Ribut petir di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak
Amaran ribut petir dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini di perairan Sarawak (Mukah dan Bintulu), Sabah (Kudat, Sandakan, Tioman, Bunguran, Sulu dan Palawan).

MET jangka ribut landa Pantai Timur dan Johor
Kawasan terbabit ialah Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah di Kelantan, Kuantan, Rompin dan Pekan.

Lembah Klang, selatan Semenanjung bakal alami cuaca buruk - MetMalaysia
Penduduk di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diingatkan supaya berwaspada dengan keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang akan melanda negeri-negeri itu.

Banjir: Giliran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selepas ini
Alui Bahari berkata keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang cenderung banjir dan kawasan rendah.

MET jawab dakwaan cuaca panas bakal cecah 40 darjah Celsius
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini menafikan mesej yang tular bahawa cuaca panas dijangka melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh lima hari akan datang.

METMalaysia nafi Taufan Lan bakal melanda Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menafikan dakwaan Taufan Lan akan melanda negeri Sabah seperti yang tular di media sosial.