Persatuan Golf Malaysia (MGA) hari ini melancarkan Siri Kejohanan Golf Angels of MERCY untuk mengumpul dana bagi menyumbang kepada satu misi kemanusiaan membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.
Presiden Persatuan Golf Malaysia, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, setiap kumpulan pemain (flight) bagi kejohanan golf tersebut bernilai RM15,000 dan wang itu akan disalurkan terus kepada dana Misi Kemanusiaan MERCY Malaysia Bantu Pelarian Rohingya.
Jelasnya, pihaknya mensasarkan kutipan dana sebanyak RM450,000 pada siri pertama ini yang akan berlangsung pada 3 Disember di Sungai Long Golf and Country Club, Kajang, Selangor.
“Kejohanan pertama bakal bertemakan 'Go Golf for Rohingya' sebagai tanda mengingati keadaan yang mendesak pelarian Rohingya di Cox’s Bazar ketika ini.
“Diharap, kerjasama dengan MERCY Malaysia ini adalah untuk memupuk semangat kebajikan dalam kalangan ahli persatuan golf ini,” kata Mohd Anwar pada satu sidang media di MERCY Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus dan pegawai MERCY Malaysia Mohamed Herman Abdullah.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, pusat kesihatan MERCY Malaysia yang bakal dibina di kem pelarian Rohingya berada pada fasa mendapat kelulusan sepenuhnya daripada pihak berkuasa negara itu.
"Jika proses kelulusan sudah siap, kami jangkakan pusat kesihatan pertama ini akan disempurnakan pada bulan hadapan.
"Bagi pusat kesihatan kedua, mungkin mengambil masa sedikit, dan dijangka disempurnakan pada akhir Disember, atau selewat-lewatnya pada Januari," tambahnya pada sidang media yang sama.
Pusat kesihatan tersebut bakal memberi manfaat kepada golongan wanita hamil dan juga kanak-kanak.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyifatkan serangan Myanmar terhadap Rohingya merupakan satu langkah pembersihan etnik.
Sementara itu, Menurut Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM) kira-kira 70,000 daripada lebih 800,000 pelarian Rohingya di Bangladesh merupakan wanita mengandung manakala 58% daripada jumlah pelarian adalah kanak-kanak.
Mariah Ahmad
Tue Oct 31 2017

MERCY Malaysia dan Persatuan Golf Malaysia umum kerjasama strategik selama dua tahun pada satu sidang media di pejabat MERCY Malaysia hari ini. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.

Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.