Sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan yang disahkan sebuah flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion Julai tahun lepas dan kepingan sayap di Pulau Pemba, di perairan Tanzania pada Jun tahun ini, adalah penting untuk memastikan bagaimana insiden ke atas pesawat Malaysia Airlines itu berlaku.
"Pengesahan ini amat bermakna kepada kami kerana kami boleh memastikan tindakan selanjutnya untuk mengkaji keadaan serpihan dan bagaimana insiden sebenar ke atas MH370 berlaku," katanya.
Beliau berkata empat serpihan yang ditemukan adalah berkemungkinan tinggi daripada MH370 tetapi selebihnya adalah sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain di atasnya.
Liow berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat pejabat Lembaga Pelabuhan Bintulu di Tanjung Kidurong di sini hari ini.
"Pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata corak hanyutan menunjukkan carian yang kami lakukan dalam kawasan yang betul, kerana itulah kami menemukan serpihan di sepanjang kawasan itu," katanya.
Beliau menekankan bahawa pencarian MH370 dalam baki kawasan pencarian seluas 10,000 km persegi dijangka selesai pada penghujung tahun ini.
Setakat ini, pencarian pesawat itu telah meliputi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pesawat itu masih lagi belum ditemukan walaupun pencarian secara besar-besaran di selatan Lautan Hindi dilaksanakan di tempat dipercayai penerbangannya berakhir. -Bernama
Bernama
Fri Sep 16 2016

Liow (gambar) berkata empat serpihan yang ditemukan adalah berkemungkinan tinggi daripada MH370 tetapi selebihnya adalah sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain di atasnya. -Gambar fail
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

MH370: 22 serpihan ditemukan setakat ini - Liow
Beliau berkata empat serpihan yang ditemukan adalah berkemungkinan tinggi daripada MH370 tetapi selebihnya adalah sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain di atasnya.