Malaysia hanya akan menghantar pasukan ke Afrika Selatan sebaik sahaja pihak berkuasa negara itu mengesahkan telah menerima serpihan pesawat yang ditemukan oleh orang awam di pantai dekat bandar Mosselbay pada Selasa.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serpihan itu perlu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (CAA).
"Serpihan itu ditemukan oleh orang awam, ia perlu diserah kepada pihak berkuasa di Afrika Selatan iaitu CAA.
"Selepas dapat makluman serpihan diserah kepada CAA, barulah kita akan hantar pegawai ke sana," katanya kepada pemberita selepas melawat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.
BACA: Serpihan baharu pesawat ditemui di Afrika Selatan milik MH370?
Liow berkata pasukan Malaysia akan mengambil serpihan itu daripada CAA dan menghantarnya ke Australia untuk dikaji dan dianalisis bagi mengesahkan sama ada serpihan itu milik pesawat penerbangan MH370.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Menjelas lanjut, Liow berkata Malaysia juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Afrika Selatan bagi memohon kebenaran untuk melakukan pencarian lebih banyak serpihan di sepanjang pesisir pantai negara itu.
Mengenai dua serpihan yang sedang dikaji di Australia pula, Liow berkata Kuala Lumpur dan Canberra akan mengadakan kenyataan bersama sebaik sahaja keputusan analisis lengkap diperoleh.
"Mereka telah memulakan proses pengesahan dan proses berkenaan perlu dilakukan secara telus," kata Liow.
Awal bulan ini, dua serpihan ditemui di Mozambique dan proses memeriksa serpihan berkenaan dijadual bermula di Australia.
BACA: Analisis serpihan dipercayai milik MH370 bermula hari ini - JACC
Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 dibantu dalam pemeriksaan dan analis serpihan oleh pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines dan Boeing bagi mengesahkan keasalan serpihan tersebut.
Setakat ini, satu-satunya serpihan MH370 yang ditemui ialah sebahagian daripada sayap pesawat yang terdampar di pantai Pulau Reunion pada Julai tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata kawalan keselamatan dan penguatkuasaan telah dipertingkatkan di semua pintu masuk negara termasuk lapangan terbang.
Katanya, mesin pengimbas dan sistem kamera litar tertutup (CCTV) juga telah ditambah untuk memastikan penguatkuasaan dilakukan secara menyeluruh.
"Buat masa ini, negara masih dikawal dengan baik dan dalam keadaan selamat. Masyarakat tidak perlu panik kerana sistem keselamatan kita adalah baik di semua tempat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan di pintu masuk negara susulan letupan bom di Lapangan Terbang Zaventem, Brussels pada Selasa.
Bernama
Wed Mar 23 2016

LIOW: Selepas dapat makluman serpihan diserah kepada CAA, barulah kita akan hantar pegawai ke sana. -Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sekali lagi menekankan gesaan untuk segera melakukan gencatan senjata.

Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.

Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.

Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api
Polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.

7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.

Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.

Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.

Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.