Kerajaan Perancis akan mengadakan perbincangan dengan pasukan siasatan Malaysia Isnin ini berhubung penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang didakwa mungkin milik MH370.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pada perbincangan itu nanti, kerajaan Perancis dijangka menerangkan mengenai prosedur dan proses terbabit sebelum mengesahkan kebenaran dakwaan itu.
"Hari Isnin ini baru pihak kerajaan Perancis memanggil pasukan kita daripada Malaysia untuk membuat perbincangan," ujarnya.
Beliau berkata, penerangan itu penting memandangkan pengesahan itu perlu dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.
"Jadi daripada itu, baru kita tahu to do forward the verification. Bukan verification kita boleh pergi begitu sahaja sebab ia under custody French goverment. Jadi kita kena ikut peraturan dan perundangan kerajaan Perancis ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur.
BACA: Misteri MH370 hampir selesai, kata Aziz Kaprawi
BACA: Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini
BACA: MH370: Perancis beri jaminan, komited bantu siasatan - Hishammuddin
Justeru katanya, masih belum dapat dipastikan serpihan pesawat itu adalah milik MH370 selagi siasatan belum selesai.
"Kita tidak boleh mengesahkannya sekarang kerana ia belum dikenalpasti (sebagai MH370)," katanya.
Pada masa sama katanya, pasukan Malaysia juga telah dihantar ke lokasi penemuan serpihan pesawat itu di Pulau La Reunion bagi melihat jika terdapat serpihan-serpihan lain yang mungkin berada di kawasan sama.
"Saya telah menghubungi Paris melalui pasukan di sana. Mereka perlu melalui protokol rasmi. Mereka tidak dapat ke Toulouse kerana mereka dipanggil untuk mesyuarat di Paris Isnin ini," ujar beliau.
Rahimah Abdullah
Sat Aug 01 2015
Aziz berkata, penerangan itu penting memandangkan pengesahan itu perlu dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.
Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Kementerian Pengangkutan ambil tindakan isu minta bayaran ketika bantuan kecemasan
Kementerian Pengangkutan akan bincang dengan JPJ dan KPDNKK berhubung tindakan isu minta bayaran ketika bantuan kecemasan
Teksi bakal dibekalkan aplikasi seperti Uber dan Grabcar
Aplikasi itu akan dibangunkan bersama pengendali rangkaian dalam usaha untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna.
Tiada keperluan kekalkan AES jika Kejara berkesan - Mahfuz
Mahfuz berkata jika sistem demerit dilaksanakan, pemberian denda untuk menghukum pemandu akan menjadi tidak relevan.
Uber, Grabcar mungkin dibenarkan beroperasi secara sah
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pengusaha kereta sapu profesional, Uber dan Grabcar untuk beroperasi secara sah di negara ini.
MH370: Penyiasat Malaysia ke Maldives malam ini siasat serpihan - Ab Aziz Kaprawi
Pasukan penyiasat Malaysia akan berlepas ke Maldives malam ini untuk melakukan pengesahan awal terhadap beberapa objek dipercayai serpihan pesawat.
MH370: Malaysia-Perancis bincang Isnin ini - Aziz Kaprawi
Kerajaan Perancis akan mengadakan perbincangan dengan pasukan siasatan Malaysia Isnin ini berhubung penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion yang didakwa mungkin milik MH370.
Pampasan akhir hanya selepas isu MH370 selesai
Kerajaan komited untuk menyelesaikan isu pampasan bagi keluarga anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370.
LCCT ditutup 9 Mei
Penerbangan pertama yang akan dikendalikan di KLIA2 adalah Cebu Pacific, Malindo Air, Tiger Airways dan TigerAir Mandala.