Pasukan penyiasat Malaysia tiba di Palais de Justice di Paris pada Isnin untuk berbincang dengan pegawai Perancis mengenai perkembangan terkini susulan penemuan serpihan dipercayai pesawat MH370, menurut agensi berita, Agence France-Presse (AFP).
Agensi itu yang memetik wartawannya melaporkan bahawa pasukan lima anggota dari Malaysia, diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, tiba sejurus sebelum 1200 GMT di mahkamah tertinggi Perancis itu dan berkata satu kenyataan akan dikeluarkan pada akhir mesyuarat.
Mereka dijangka bermesyuarat dengan pasukan yang mengetuai siasatan Perancis termasuk seorang hakim, sekumpulan pakar dan polis, kata AFP.
Perancis mengetuai siasatan sekarang selepas serpihan dari bahagian pesawat MH370 dijumpai terdampar di Pulau La Reunion milik Perancis di Lautan Hindi.
BACA: Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini
Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar kira-kira tengah malam pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Bernama
Mon Aug 03 2015

Azharuddin (kanan) ditemani duta Malaysia ke Perancis, Tan Sri Ismail Omar menghadiri mesyuarat di Perancis bagi membincangkan perkembangan terkini susulan penemuan serpihan pesawat, baru-baru ini. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Azharuddin dipilih Presiden Perhimpunan Agung ke-39 ICAO
Ia merupakan bukti signifikan terhadap hubungan kukuh Malaysia dengan negara-negara dan rakan-rakan yang menganggotai pertubuhan itu di seluruh dunia.

MH370: Pasukan penyiasat Malaysia temu pegawai Perancis berhubung serpihan
Pasukan penyiasat Malaysia tiba di Palais de Justice di Paris pada Isnin untuk berbincang dengan pegawai Perancis mengenai perkembangan terkini susulan penemuan serpihan dipercayai pesawat MH370.

Pesawat MAS terpaksa berpatah balik kerana masalah 'tekanan' - Azharuddin
Sebuah pesawat MAS terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA semalam ekoran berhadapan masalah tekanan udara yang dihadapinya selepas hampir sejam berlepas.