Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mengambil alih urusan penginapan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 mulai Jumaat dan akan terus menyediakan kemudahan itu kepada keluarga yang masih memerlukan, kata Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat.
Beliau berkata sehingga Jumaat ini penginapan untuk mereka disediakan oleh pihak Malaysia Airlines (MAS) namun PPj akan mengambil alih tanggungjawab tersebut.
"Mungkin kami akan menyediakan penginapan di tempat lain seperti Hotel Shangri-La kerana hotel ini (Everly) telah ditempah lebih awal untuk Formula 1 (yang dijadual berlangsung hujung bulan)," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Bagaimanapun, katanya, PPj akan meminta pihak Hotel Everly kalau boleh terus menyediakan bilik yang tidak ditempah untuk anggota keluarga yang sudah biasa tinggal di situ.
Aseh berkata beliau dimaklumkan sehingga Jumaat ini hanya 12 orang daripada dua keluarga yang ingin terus menginap di Hotel Everly, manakala yang masih menginap di Cyberview Resort & Spa kini berjumlah 24 orang termasuk enam orang warga tempatan.
Aseh berkata PPj juga akan menyediakan pengangkutan bagi anggota keluarga yang ingin pulang atau datang menginap di hotel di sini dan Cyberjaya.
Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat B777-200ER membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.
Sejak hari kejadian, keluarga penumpang pesawat telah ditempatkan di Hotel Everly, Putrajaya dan Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya bagi memudahkan MAS memaklumkan perkembangan terkini mengenai operasi mencari pesawat berkenaan.
Pada awalnya terdapat kira-kira 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di Cyberview Resort & Spa manakala lebih 100 anggota keluarga di Hotel Everly.
Bernama
Thu Mar 20 2014


Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

15 maut bas jatuh jambatan di India
Kemalangan bas di negeri tengah India Madhya Pradesh pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.

Harapan baharu jejaki pesawat MH370 yang hilang - keluarga
Mereka juga berharap bahawa usaha pencarian MH370 tidak akan dihentikan sehingga pesawat tersebut ditemukan.

Keluarga penumpang MH17 hendak mayat bawa pulang - Rohani
Ahli keluarga mangsa berkata mereka mahu supaya mayat nahas itu disemadikan dengan sempurna mengikut ritual serta agama masing-masing.

MH370: Keluarga penumpang dapat terima kenyataan dengan bersyarat
Apa yang dimaksudkan ialah pada situasi sekarang anggota keluarga hanya dapat menerima kenyataan perkembangan terbaru insiden itu jika terdapat bukti berkaitan.

MH370: PPj akan ambil alih urusan penginapan keluarga penumpang mulai Jumaat
Perbadanan Putrajaya sediakan penginapan lain kerana Hotel Everly telah ditempah lebih awal untuk Formula 1.

MH370: Naluri kuat rasa adik selamat
Luahan abang kepada salah seorang penumpang MH370 yang tidak menyangka adiknya Mohd Khairul Amri adalah salah seorang penumpang pesawat MH370.

MH370: Keluarga penumpang sedih, terganggu dengan imej dan berita tidak menyenangkan
Media seluruh dunia yang masih belum pasti dengan apa yang berlaku menyiarkan berita belum sahih serta spekulasi sememangnya mengganggu emosi ahli keluarga.

Ahli keluarga MH370 warga Australia enggan ke Malaysia
Ahli keluarga dua penumpang warga Australia, Rodney Burrows dan Mary Burrows membuat keputusan untuk tidak ke Malaysia.