KUALA LUMPUR: Menggunakan nama tokoh korporat terkenal selain menawarkan dividen tinggi sehingga 3.3 peratus sebulan menyebabkan ramai terperdaya sehingga kerugian lebih RM100 juta selepas menyertai skim penipuan pembelian saham yang ditawarkan oleh sebuah syarikat pelaburan sejak 2021.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata setakat ini pihaknya telah menerima aduan daripada 330 mangsa berkaitan penipuan yang dilakukan syarikat terbabit.
"Syarikat ini mengaburi mata pelabur dengan mendaftarkan syarikat dengan nama berhad, Suruhanjaya Sekuriti selain menggunakan nama tokoh-tokoh korporat yang terkenal dan menawarkan dividen antara 3.1 sehingga 3.3 peratus sebulan. MHO difahamkan syarikat ini telah memperdayakan lebih 700 pelabur," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis bersama 100 mangsa terhadap syarikat berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini hari ini.
Hishamuddin yang menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan terhadap syarikat itu berkata aduan juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.
Pesara kerajaan Harun Mohd Yunos, 63, yang melabur dalam syarikat berkenaan selepas mendengar penerangan daripada rakannya yang turut menjadi mangsa, mendakwa telah mengalami kerugian RM500,000.
"Saya dan isteri mula melabur pada Oktober 2021 dan mula menerima dividen pada Januari 2022. Bagaimanapun pada Mei 2022 pembayaran dividen dihentikan kerana syarikat memberitahu mereka mahu membeli kembali saham mereka dan (akan) memulangkan wang pelaburan saya.
"Tetapi sehingga kini wang pelaburan masih belum dikembalikan," katanya.
Guru di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur, Zakirah Yaacob, 31, pula berkata beliau mengambil keputusan untuk melabur dengan syarikat berkenaan kerana ia menampilkan tokoh-tokoh perbankan yang terkenal.
"Saya merupakan seorang yang cerewet dalam perkara seperti ini malah sekolah saya juga selalu dikunjungi polis bagi program-program kesedaran berkaitan scammer... tetapi apabila syarikat ini menampilkan tokoh-tokoh terkenal, saya jadi yakin untuk melabur dan sekarang saya kerugian RM50,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim (tiga, kiri) bersama para ahli MHO dan mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat pada sidang media mengenai kes Penipuan Pembelian Saham di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini. - BERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

SC dedah penipuan guna dokumen pelaburan palsu
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan baharu yang menggunakan Memorandum Maklumat (IM) palsu untuk mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.

Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara mendakwa kerugian lebih RM650,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, pada 26 Jun lepas.

PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan
Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat too good to be true.

SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.

Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda sembunyi RM195,000 milik warga emas
Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen.

Pengurus syarikat petroleum rugi RM3.9 juta diperdaya pelaburan kripto
Pengurus di sebuah syarikat petroleum mengalami kerugian RM3.9 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.