KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa tindakan undang-undang lebih berat dikenakan terhadap individu terlibat dalam skim penipuan kutu 'Saving Extra Safieza', yang mengakibatkan mangsanya mengalami kerugian berjuta ringgit.
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata siasatan kes seumpama itu seharusnya dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan agar hukuman penjara boleh dikenakan terhadap pesalah berbanding Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang mengenakan hukuman lebih ringan.
"Kebimbangan saya, lazimnya jika kes seperti ini mereka disiasat dan dituduh mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu yang memperuntukan hukuman pilihan denda maksimum RM500,000. Mengikut trend hukuman yang dijatuhkan mahkamah, kebanyakan kes hanya berakhir dengan denda.
"Sedangkan dalang utama telah mengaut keuntungan jutaan ringgit dan mangsa mengalami kerugian dengan angka yang jauh lebih besar. Jadi, siasatan sewajarnya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa mereka ke dalam penjara," katanya di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media bersama kira-kira 30 mangsa penipuan dari Johor yang mengalami kerugian lebih RM600,000, dengan turut dihadiri Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan.
Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 420 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Hishamuddin berkata jika dalang skim seperti ini hanya dikenakan denda, mereka mampu menjelaskan bayaran itu kerana mempunyai simpanan yang banyak dan tidak mustahil akan muncul semula dengan skim baharu untuk memperdaya lebih ramai mangsa, sekali gus matlamat pihak berkuasa membenteras jenayah tersebut tidak tercapai.
Pada masa yang sama, beliau berkata wanita yang menjadi ibu kutu 'Saving Extra Safieza' dan tujuh ejennya telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman semalam dan akan direman untuk siasatan lanjut.
Skim kutu tersebut yang aktif sejak 2015 di seluruh negara menawarkan pulangan 'extra' hingga 60 peratus kepada setiap pemain dengan tiga pelan bayaran berbeza bermula serendah RM250.
Sementara itu, Musa berkata pihak bank juga seharusnya memainkan peranan dengan mengenal pasti mana-mana transaksi yang mencurigakan.
"Kalau pihak bank jumpa mana-mana akaun dengan transaksi mencurigakan, mereka kena segera laporkan kepada Bank Negara Malaysia agar akaun berkenaan boleh dibekukan.
"Perlu ada kerjasama (dalam siasatan) antara semua agensi supaya mereka dapat jalankan tugas dengan baik dan ambil tindakan tegas. Ini kerana bukan hanya mangsa yang rugi, negara turut rugi disebabkan mereka (pelaku) memang tidak bayar cukai pendapatan," katanya.
Seorang mangsa yang bekerja sebagai pereka grafik ketika ditemui memaklumkan beliau menyertai skim berkenaan sebagai sumber alternatif untuk membiayai rawatan perubatan anaknya yang menghidap 'Spina Bifida'.
"Pada mulanya saya hanya bayar dalam jumlah kecil iaitu RM500. Apabila mendapat pulangan yang dijanjikan, saya mula percaya untuk melabur lebih banyak, ketika itu saya dapat 20 ke 30 peratus lebih daripada apa yang dibayar.
"Saya kemudian berpakat dengan adik-beradik untuk labur dengan jumlah lebih tinggi, malangnya kami ditipu dan mengalami kerugian lebih RM70,000.
"Sebenarnya ada dalam kalangan mangsa bukan hanya rugi wang ringgit, tetapi ada juga yang sudah bercerai kerana berbalah dengan pasangan akibat penipuan ini," katanya .
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023

Musa (empat, kanan) bergambar bersama mangsa penipuan skim pelaburan wang kutu selepas sidang media di Pekan Sungai Besi. Turut hadir Hishamuddin Hashim. -Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

MHO gesa tindakan lebih berat bagi penipu skim pelaburan
Hishamuddin berkata siasatan kes seharusnya dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan agar hukuman penjara boleh dikenakan terhadap pesalah.