KUALA LUMPUR: Lebih 150 mangsa penipuan pelaburan beberapa buah syarikat menyerahkan penyataan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap syarikat disyaki pecah amanah dan menipu duit pelaburan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata penyataan tambahan itu diharap dapat membantu siasatan PDRM terhadap syarikat terbabit dan membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Beliau berkata penyataan tambahan dikemukakan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang diterima oleh Penolong Pengarah (Pelaburan Bersindiket / Kad Elektronik / Lain-lain Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) ACP Ahmad Azizul Mohamed.
"Diharap dengan penyataan tambahan yang diberikan ia dapat membantu PDRM dan memudahkan proses siasatan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan penyataan berkenaan di pejabat JSJK Bukit Aman,di sini.
Seorang mangsa pelaburan Fazlifah Awang, 48, yang juga seorang kontraktor berkata beliau membuat laporan polis pada Mac lepas dan berharap pihak polis dapat segera menyiasat kes itu.
Katanya beliau turut menghantar surat peguam kepada syarikat pelaburan berkenaan namun syarikat itu kerap bertukar peguam menyebabkan proses yang sama perlu dibuat berulang kali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Hishamuddin yang mewakili mangsa berkata penyataan tambahan itu diharap dapat membantu siasatan PDRM terhadap syarikat terbabit dan membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan. - Gambar fail/BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta
Katanya, kebanyakan mangsa mengenali skim itu melalui laman sosial dan rakan, sebelum membuat pelaburan antara RM1,000 dan RM450,000 seorang.

Mahkamah arah MHO, dua pihak lain padam kenyataan kaitkan Mashitah dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Mereka diarah untuk memadamkan kenyataan didakwa berbaur fitnah mengaitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.

PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan

Beri kuasa administratif lapor salah guna kuasa ahli politik - MHO
Hishamuddin berkata, saranan itu penting bagi memastikan setiap setiap ahli politik tidak melanggar kod etika dalam mentadbir urus.

MHO serah 150 penyataan tambahan mangsa penipuan pelaburan kepada PDRM
Lebih 150 mangsa penipuan pelaburan beberapa buah syarikat menyerahkan penyataan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penipuan Pelaburan: 500 mangsa hantar laporan aduan kepada SC
Syarikat-syarikat terbabit turut menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, sedangkan tokoh-tokoh berkenaan tidak terlibat langsung dengan skim pelaburan itu

MHO gesa siasat syarikat tipu pelabur libatkan kerugian lebih RM100 juta
Menggunakan nama tokoh korporat terkenal selain menawarkan dividen tinggi menyebabkan ramai terperdaya sehingga kerugian lebih RM100 juta selepas menyertai skim penipuan saham.

Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.