MIC menawarkan khidmat bantuan guaman dan pembiayaan kos rawatan percuma kepada mangsa dalam insiden kekecohan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan berkata buat masa ini MIC menyediakan tujuh peguam yang akan membantu memberikan khidmat guaman percuma, lapor Sinar Harian.
“MIC terpanggil untuk membantu memandangkan kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana, ada yang tidak mampu.
"Kita juga akan bantu membayarkan kos rawatan mangsa yang terlibat dalam rusuhan tersebut,” katanya ketika sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
Tambah Saravanan lagi, khidmat bantuan guaman percuma ini ditawarkan kepada pihak kuil, belia, anggota beruniform ia sebagai bentuk sumbangan MIC kepada mangsa dan pihak yang terlibat dalam insiden kecoh tersebut.
“Bahkan ada juga mangsa yang ditahan, kita kena bagi bantuan guaman kepada mereka.
"Malah MIC juga akan bantu kakitangan awam dan buat masa ini barisan peguam sedang jalankan kajian secara mendalam.
Astro Awani
Wed Nov 28 2018

SARAVANAN: MIC menyediakan tujuh peguam yang akan membantu memberikan khidmat guaman percuma. -Gambar fail
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Kekecohan selepas final Piala AFC: KLFA buat laporan polis
KLFA membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku di pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Kekecohan berlaku di luar stadium, beberapa individu ditahan
Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia dicemari insiden kekecohan di luar stadium sebaik perlawanan tamat.

MIC sedia biaya kos guaman, rawatan mangsa rusuhan kuil
Khidmat bantuan guaman percuma ini ditawarkan kepada pihak kuil, belia, anggota beruniform ia sebagai bentuk sumbangan MIC kepada mangsa dan pihak yang terlibat dalam insiden kecoh tersebut.