Murid-murid yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2019 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian (3) di sini hari ini menerima kejutan yang menceriakan apabila disambut oleh 'Mickey Mouse', 'Minnie Mouse' dan 'Robocar Poli'.
Ketiga-tiga watak kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak itu membuat kemunculan luar duga di dewan sekolah ketika murid-murid sedang berhimpun.
Menurut Guru Besarnya Muzli Mustapha, penampilan watak-watak kartun pada hari pertama persekolahan merupakan tradisi sejak lima tahun lepas.
"Pada tahun ini, pihak sekolah membawa tiga watak kartun iaitu Minnie Mouse, Mickey Mouse dan Robocar Poli untuk menyambut kedatangan 1,443 murid prasekolah hingga Tahun Enam," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi pertama persekolahan.
Katanya penggunaan watak-watak kartun pada hari pertama persekolahan itu bertujuan mengurangkan rasa takut murid Tahun Satu yang pertama kali menjejakkan kaki di sekolah sebenar.
"Inisiatif gimik ini dilihat berkesan untuk menarik perhatian murid pada hari pertama mereka agar tidak berasa sedih, sekali gus akan merangsang mereka untuk terus hadir ke sekolah pada hari seterusnya," katanya menambah usaha tersebut dimulakan oleh bekas guru besar sekolah berkenaan Seri Dewi Mohd Ibrahim.
Sementara itu, murid Tahun Satu Ahamad Dani Akif Najib mengakui seronok dapat beramah mesra dengan Robocar Poli.
"Sebelum ini saya lihat dalam televisyen sahaja, tetapi tidak sangka hari ini saya dapat lihat dan sentuh kartun kegemaran saya," katanya.
Sementara itu, Rozshana Ridayu Che Afini, 36, yang menemani anaknya memulakan persekolahan, berkata inisiatif pihak sekolah tersebut mampu memberikan kesan positif kepada anaknya.
"Penggunaan watak-watak seperti Mickey dan Minnie Mouse serta Robocar Poli pada hari ini dilihat dapat membantu mengurangkan tekanan hari pertama persekolahan dalam kalangan kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 01 2019

Maskot Mickey Mouse dan Minnie Mouse menceriakan murid-murid SK Sultan Sulaiman I pada sesi persekolahan baharu mereka hari ini, 1 Januari, 2019. --fotoBERNAMA

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.