KUALA LUMPUR: MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Research) menjangka kerajaan mengekalkan status quo harga runcit bahan api sekurang-kurangnya sehingga akhir 2023, seterusnya mengurangkan tekanan inflasi keseluruhan pada masa hadapan.
Firma penyelidikan itu berkata demikian berikutan penurunan inflasi utama bulan Jun 2023 yang menyederhana kepada 2.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y), kadar paling perlahan sejak April 2022, bersama-sama dengan kadar inflasi bukan makanan yang lebih rendah yang turun sedikit kepada 1.2 peratus tahun ke tahun.
Menurut MIDF Research, pertumbuhan harga bahan api menyusut sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023, paling lemah sejak Mac 2021, memandangkan ia bergerak seiring dengan normalisasi harga komoditi dan kesan asas yang tinggi.
"Kami percaya kerajaan akan mengekalkan status quo mekanisme subsidi bahan api semasa, terutamanya RON95 dan diesel, sekurang-kurangnya sehingga akhir 2023.
"Oleh itu, kami menjangka inflasi bahan api akan kekal pada laluan nyahpecutan dan mengurangkan tekanan inflasi secara keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa ini, harga runcit RON95 ialah RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
Mengenai inflasi makanan, yang merosot paras terendah lebih satu tahun iaitu 4.7 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023, MIDF Research menjangkakan inflasi makanan domestik Malaysia akan terus menurun berikutan pembetulan ringan harga komoditi global, khususnya harga yang berkaitan dengan pertanian dan peningkatan rantaian bekalan di peringkat serantau dan domestik.
"Sebagai pengimport bersih makanan, Malaysia sangat terdedah kepada faktor-faktor luaran dan pergerakan mata wang.
"Selain ringgit yang menyusut, harga makanan Malaysia terdedah kepada penarikan Rusia daripada perjanjian bijirin baru-baru ini, kesan El Nino dan perubahan dasar eksport makanan oleh negara lain," katanya.
Berhubung pelarasan kadar dasar semalaman (OPR), MIDF Research berpendapat dengan permintaan domestik yang stabil, ditambah pula inflasi teras yang kekal melebihi tiga peratus tahun ke tahun pada Jun 2023 (purata tahap prapandemik ialah 1.7 peratus tahun ke tahun), ia boleh mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempertimbangkan satu lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas (25 bps).
Secara keseluruhannya, ia mengekalkan unjuran Indeks Harga Pengguna (IHP) pada tiga peratus untuk 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

MIDF Research percaya kerajaan akan kekalkan status quo mekanisme subsidi bahan api semasa, terutamanya RON95 dan diesel, sekurang-kurang hingga akhir 2023.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Apa punca sebenar harga minyak turun? Ini penjelasan pakar ekonomi
Kejatuhan harga minyak mungkin bagus bagi pengguna, namun kesan kepada kerajaan adalah sebaliknya kerana ia akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan.

Harga petrol, diesel kekal
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk lima minggu berturut-turut.

Harga RON95 naik satu sen, RON97 kekal
Harga runcit bahan bakar petrol RON 95 naik satu sen walaupun harga diesel menunjukkan penurunan satu sen pada minggu kedua bulan Mac.

Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei
Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.