KUALA LUMPUR: MIDF Research positif terhadap prospek MISC Berhad terutama dengan pertambahan dua kapal pengangkut Gas Asli Cecair (LNG) baharu.
Firma itu berkata, berdasarkan rekod prestasi cemerlang kumpulan itu ditambah permintaan kukuh LNG di peringkat global, kumpulan itu bersedia untuk meneruskan prestasi baiknya dalam industri perkapalan minyak dan gas.
"Kapal pengangkut tambahan itu mengambil kira operasi jangka panjang mereka, kami tidak membuat sebarang perubahan kepada unjuran pendapatan buat masa ini.
"Secara keseluruhannya, kami menyukai MISC kerana rancangan pertumbuhan jangka sederhana hingga panjangnya kekal utuh, sejajar dengan pertumbuhan permintaan untuk LNG pasca wabak dan ketegangan antara Rusia-Ukraine," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, menerima dua kapal pengangkut Gas Asli Cecair (LNG) baharu iaitu Seri Damai dan Seri Daya.
Kapal pengangkut 174,000 meter padu (CBM) itu dilengkapi dengan teknologi pintar dan cekap tenaga yang dibina khusus untuk MISC oleh Samsung Heavy Industries Co., Ltd. (SHI).
Firma itu berkata, pertambahan dua kapal pengangkut itu mencerminkan permulaan 2023 yang kukuh dan merupakan peristiwa penting dalam kerjasamanya dengan SRM, serta perkongsian berterusannya dengan SHI, Eaglestar dan pasukan Aset dan Penyelesaian Gas (GAS).
Katanya, ia juga mewakili satu langkah ke hadapan dalam menyokong masa depan sifar bersih untuk industri LNG.
"Seri Damai dan Seri Daya akan menambah kekuatan armada MISC, yang kini terdiri daripada 31 pengangkut LNG untuk perniagaan gas selain enam Pengangkut Etana (VLEC) dan dua Unit Penyimpanan Terapung (FSU) LNG," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM7.77 sesaham. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Feb 02 2023
![MIDF Research positif terhadap prospek MISC dengan pertambahan dua kapal pengangkut LNG baharu MIDF Research positif terhadap prospek MISC dengan pertambahan dua kapal pengangkut LNG baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675308044_MDIFressearchtamb.jpg)
Rancangan pertumbuhan jangka sederhana hingga panjang MISC kekal utuh, sejajar dengan pertumbuhan permintaan untuk LNG pasca wabak dan ketegangan antara Rusia-Ukraine. - Foto DagangNews.com
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![MISC catat keuntungan bersih RM1.82 bilion MISC catat keuntungan bersih RM1.82 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676448792_MISC.jpg)
MISC catat keuntungan bersih RM1.82 bilion
Perolehan syarikat melonjak kepada RM13.87 bilion daripada RM10.67 bilion, selepas semua segmen menyampaikan sumbangan hasil yang lebih tinggi.
![MIDF Research positif terhadap prospek MISC dengan pertambahan dua kapal pengangkut LNG baharu MIDF Research positif terhadap prospek MISC dengan pertambahan dua kapal pengangkut LNG baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675308044_MDIFressearchtamb.jpg)
MIDF Research positif terhadap prospek MISC dengan pertambahan dua kapal pengangkut LNG baharu
Berdasarkan rekod prestasi cemerlang, ditambah permintaan kukuh LNG di peringkat global, kumpulan itu sedia meneruskan prestasi baiknya.
![COVID-19: Kanak-kanak perlu dapatkan vaksin segera untuk elak MISC COVID-19: Kanak-kanak perlu dapatkan vaksin segera untuk elak MISC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644311774_PICKids.jpg)
COVID-19: Kanak-kanak perlu dapatkan vaksin segera untuk elak MISC
Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman, berkata kanak-kanak yang pernah dijangkiti COVID-19 dan pulih sepenuhnya juga perlu melengkapkan vaksinasi.
![MISC catat untung bersih RM1.83 bilion bagi FY21 MISC catat untung bersih RM1.83 bilion bagi FY21](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643063948_MISCBerhad.jpg)
MISC catat untung bersih RM1.83 bilion bagi FY21
Hasil dalam tempoh itu juga meningkat 13.5% kepada RM10.67 bilion daripada RM9.4 bilion tahun sebelumnya.
![Tindakan telus MISC-MIFA lapor siasatan rasuah patut dicontohi - Dr Subramaniam Tindakan telus MISC-MIFA lapor siasatan rasuah patut dicontohi - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41491465272_MIFASPRM.jpg)
Tindakan telus MISC-MIFA lapor siasatan rasuah patut dicontohi - Dr Subramaniam
Tindakan drastik yang diambil oleh jawatankuasa integriti bebas persatuan itu patut dijadikan ikutan semua pasukan bola sepak di negara ini.
![Atur perlawanan: 'Ah Chong' serah diri kepada SPRM Atur perlawanan: 'Ah Chong' serah diri kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491912641_sprmbolasepakah.jpg)
Atur perlawanan: 'Ah Chong' serah diri kepada SPRM
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum, hari ini menyerah diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![Nasib tiga pemain ditentukan selepas SPRM selesai siasatan - Presiden MISC-MIFA Nasib tiga pemain ditentukan selepas SPRM selesai siasatan - Presiden MISC-MIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474289667_SPRM.jpg)
Nasib tiga pemain ditentukan selepas SPRM selesai siasatan - Presiden MISC-MIFA
Nasib tiga pemain pasukan bola sepak Misc-MIFA akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.