DEWAN Perwakilan Amerika Syarikat (AS), akhirnya mempunyai Speaker baharu selepas jawatan itu kosong selama tiga minggu.
Mike Johnson dipilih pada Rabu dengan 220 undi menyokong dan 209 menentang.
Anggota Kongres dari Parti Republikan itu adalah seseorang yang berfahaman konservatif dan beliau kurang mempunyai pengalaman dalam pucuk kepimpinan.
Kerusi Speaker Dewan Perwakilan menjadi kosong selepas Kevin McCarthy dipecat dalam pemberontakan bersejarah yang disertai 11 anggota Republikan sayap kanan pada 3 Oktober lalu.
Pemecatan itu berlaku selepas Republikan sayap kanan berang dengan kerjasama McCarthy bersama parti Demokrat.
Gerakan menjatuhkan McCarthy itu mendedahkan tahap huru-hara perbalahan dalam kalangan Republikan menuju Pilihan Raya Presiden 2024 yang dipercayai kini didahului bekas Presiden AS, Donald Trump, walaupun berdepan 91 kes mahkamah.
Ini adalah pemecatan pertama Speaker dalam sejarah 234 tahun Dewan itu, yang hanya disokong oleh segelintir penyokong tegar Republikan sayap kanan.
Sejak itu, pihak Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan dengan kelebihan undi yang kecil telah menolak tiga calon untuk menggantikan McCarthy.
Susulan pelantikan Johnson, Presiden Joe Biden meminta beliau supaya segera bertindak untuk meluluskan bantuan ketenteraan bagi Israel dan Ukraine. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Oct 26 2023

Mike Johnson dipilih pada Rabu dengan 220 undi menyokong dan 209 menentang. - Gambar fail

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

Pengunduran Biden beri kesan perundangan kepada kempen Demokrat
Undang-undang negeri mengawal selia pilihan raya dan tindakan menukar calon mungkin akan berdepan impak dari segi perundangan.

Mike Johnson dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), akhirnya mempunyai Speaker baharu selepas jawatan itu kosong selama tiga minggu.

Berangan nak wajah persis Angelina Jolie ... ini jadinya!
Obses dengan pelakon terkenal, Angelina Jolie, seorang remaja berusia 19 tahun sanggup menjalani lebih daripada 50 pembedahan untuk menyerupai idolanya itu.