JEDDAH: Minat komuniti perniagaan Arab Saudi untuk datang melabur di Malaysia merupakan bukti kukuh terhadap kestabilan politik yang dinikmati negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perkara itu telah dinyatakan oleh kedua-dua pengerusi Dewan Perniagaan Jeddah dan Dewan Perniagaan Nasional, yang ditemuinya semasa lawatan rasminya ke Arab Saudi.
Anwar berkata mereka jelas menyambut baik jemputan untuk melabur di Malaysia.
"Kedua-dua mereka bukan sahaja menyatakan betapa gembira dengan perkembangan ini, malah memberi jaminan bahawa, mereka akan mengambil tindakan segera. Mereka memang nantikan saat ini, memang kenal dengan negara kita, mereka telah berada di Malaysia sejak tahun 80-an dan 90-an.
"Namun kini mereka menunggu saat ini, apabila terdapat hala tuju kestabilan yang jelas dan komitmen bagi memastikan kemudahan menjalankan perniagaan, dan negara bebas daripada rasuah, dengan tumpuan diberikan kepada isu tadbir urus yang baik," katanya dalam sidang media di penghujung lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi di sini, hari ini.
Sehubungan itu Anwar berkata kerajaan meminta kritikan-kritikan yang lebih konstruktif dari pihak pembangkang, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam mahupun komuniti antarabangsa, untuk melabur dalam negara.
"Apa sekalipun, hakikatnya saya telah meyakinkan mereka bahawa kerajaan sudah pastinya stabil, dan dalam mesyuarat terakhir anggota Kerajaan Perpaduan, terdapat pendirian kukuh yang jelas di pihak PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional)....dan kemudian diikuti oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari GPS (Gabungan Parti Sarawak).
"Tiga tonggak ini mewujudkan kerajaan dengan mandat kukuh dan majoriti di Parlimen, tapi seperti saya katakan, ia tidak akan menghentikan cubaan dan impian mereka yang idamkan kuasa tanpa mandat dan sokongan," katanya.
Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil dalam lawatan ke Arab Saudi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023

Menurut PN Anwar, minat komuniti perniagaan Arab Saudi untuk datang melabur di Malaysia merupakan bukti kukuh terhadap kestabilan politik yang dinikmati negara. - Foto BERNAMA
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya pada 10 Mac
Majlis anjuran JAKIM bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.