KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhasrat mewujudkan poliklinik kesihatan khas secara percuma kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha memberi perkhidmatan kesihatan lebih sempurna.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata cadangan pelaksanaan berkenaan akan dibawa ke peringkat tertinggi MINDEF pada tahun ini selain bergantung kepada Kementerian Kewangan.
Beliau berkata pelaksanaan poliklinik kesihatan khas itu akan dimulakan di Kelantan kerana negeri itu mempunyai kepadatan golongan veteran lebih ramai berbanding negeri lain.
"Kelantan boleh diberi keutamaan memandangkan ia mempunyai kepadatan veteran. Negeri lain (veteran) sekitar 5,000 hingga 6,000 orang sahaja. Tetapi di Kelantan lebih 15,000 orang, jadi sudah pasti kebajikan mereka perlu diberi keutamaan.
"Kita mempunyai data dan lokaliti golongan veteran ini termasuk kawasan yang mempunyai kepadatan veteran. Selain di Kelantan, Perak dan Kedah juga akan diberi fokus untuk (poliklinik kesihatan)...kita akan cuba jayakan hasrat ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Negeri Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan Ke-54 Tahun 2023 di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu (ILPKB), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.
Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Datuk Sazali Ismail dan Yang Dipertua PVATM Kelantan Ab Aziz Awang Lah.
Sementara itu, pada perkembangan sama Adly berkata kementeriannya menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana begitu cakna dengan permasalahan dan kebajikan golongan veteran.
"Komitmen perdana menteri begitu tinggi untuk memperkasa ekonomi veteran termasuk isu skim berpencen dan tidak berpencen selain turut menekankan agar setiap kementerian menyusun program khusus kepada golongan ini.
"Saya yakin sekiranya semangat ini yang ditunjukkan oleh Kerajaan Malaysia MADANI di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya yang menguruskan golongan veteran ini akan lebih komited untuk memastikan veteran kita dipedulikan selain ekonomi mereka dapat diperkasakan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, skim veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen dan tidak berpencen akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat pertama Skim Perkhidmatan dan Persaraan Isnin depan.
Anwar memaklumkan perkara itu tidak pernah dimasukkan dalam kajian semula skim perkhidmatan dan persaraan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023
Adly berkata cadangan pelaksanaan berkenaan akan dibawa ke peringkat tertinggi MINDEF pada tahun ini selain bergantung kepada Kementerian Kewangan. - Foto fail/BERNAMA
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.