TAMPIN: Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhasrat untuk mewujudkan kawasan tanaman di setiap kem angkatan tentera di seluruh negara bagi menjamin sekuriti makanan terutama untuk keperluan anggota.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada peringkat permulaan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini telah pun dijadikan projek rintis bagi tujuan berkenaan.
"Aktiviti bercucuk tanam itu dah ada pun. Saya dah tengok tadi...jadi dalam apa jua keadaan termasuk harga makanan melambung, kita ada kemampuan sendiri. Sekurang-kurangnya anggota boleh fokus kepada tanggungjawab mereka iaitu keselamatan dan pertahanan.
"Saya nak dapat laporan nanti dan sekiranya boleh diperluaskan untuk kesemua kem atau mungkin setiap zon," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 ATM di sini hari ini.
Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu telah dibuat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Semalam, Zamrose menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Ladang Integrasi Tentera Darat di Kem Syed Sirajudin dilaksanakan menerusi Program Kelestarian Makanan Tentera Darat bertujuan membantu meringankan kos sara hidup warganya melalui hasil pertanian.
Beliau berkata ia juga sebagai langkah awal dalam menangani permasalahan krisis makanan yang berkemungkinan dihadapi pada masa hadapan sekali gus memastikan kelestarian makanan terutama dalam kalangan anggota dan masyarakat sentiasa terjamin.
Sementara itu, mengenai LKT beliau berkata ia merupakan usaha MINDEF bagi memastikan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dilengkapi aset yang diperlukan meskipun dalam era pascapandemik COVID-19.
"Selagi saya Menteri Pertahanan, kami akan buat apa sahaja bagi memastikan, moral mereka tinggi dan semangat mereka kuat dan Insya-Allah apa yang mampu kita lakukan dari apa juga aspek.
"Pengguna akhir (tentera) yang akan gunakan aset ini, wajar mereka ini menentukan jenis aset-aset yang diperlukan dan sekiranya kita mampu dalam konteks kewangan negara, Kementerian Pertahanan akan mempercepatkannya, itu adalah proses yang saya umumkan sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Hishammuddin berkata pada peringkat permulaan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas telah dijadikan projek rintis bagi tujuan berkenaan. - Gambar/ Bernama
Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
KPM beri perhatian masalah keciciran murid - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan berkata usaha KPM menangani isu keciciran murid dilaksanakan melalui pendekatan holistik yang melibatkan pelaksanaan kerjasama pelbagai pihak.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol terhadap anak perempuan tirinya yang berusia 14 tahun, Oktober lalu. Tertuduh yang berusia 53 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah hari ini.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Semua agensi juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia daripada segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir.
Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga Rabu
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kemas kini terbaharu, amaran yang dikeluarkan pada 5.45 pagi tadi memaklumkan daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.
Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-8, berkuat kuasa mulai Khamis minggu lalu lepas.
Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua Kementerian mula hari ini
Kerajaan memulakan inisiatif 'Pusingan Kerja Petugas Kaunter' melibatkan semua kementerian serta jabatan di bawah kementerian masing-masing bermula hari ini.
[TERKINI] Muhyiddin kekal pengakuan tak bersalah sebut kata hasut
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebut kata-kata berunsur hasutan semasa kempen PRK DUN Nenggiri, Kelantan, pada Ogos tahun lepas.
SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind
Kementerian Digital menggesa SC untuk memperluaskan platform padanan GROWMatch kepada semua industri bagi menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
KPKM mahu generasi muda ceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden
Penglibatan belia sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan negara.
Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai
Jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.
MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun
Persidangan tersebut antaranya akan menumpukan membincangkan berhubung kepentingan sekuriti makanan.
UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Mohamad Sabu, Abang Johari bincang kerjasama sekuriti makanan negara
Mohamad Sabu dalam hantaran di Facebook berkata antara isu yang diberikan penekanan ialah perkara berkaitan pengairan untuk pertanian.
LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan
LKIM memperuntukkan RM228.2 juta bagi membina dan membaik pulih rumah nelayan di seluruh negara menerusi PKPN sejak 2013 hingga September tahun ini.
Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.
Isu kos sara hidup antara fokus Belanjawan Johor 2024 - MB
Isu kos sara hidup merupakan antara perkara fokus yang bakal disentuh pada Belanjawan Johor 2024, yang bakal dibentang pada 23 Nov depan.