KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pada masa ini sebanyak 4,700 unit RKAT telah disiapkan secara berperingkat.
Beliau berkata perumahan angkatan tentera merupakan antara tumpuan kementerian dalam menjaga aspek kebajikan anggota demi keselesaan mereka.
"Ini adalah aspek-aspek yang kita berikan penekanan supaya anggota pertahanan kita dapat keselesaan (memiliki rumah)," katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM disiarkan di saluran TV1 hari ini sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Adly berkata selain RKAT, projek perumahan di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) juga sedang dibangunkan.
Beliau berkata sebanyak 3,500 unit SASaR sedang dibina di Sungai Besi manakala 7,000 lagi dibina di Kem Wardieburn di sini dan di Genting Klang.
"Jika dilihat saiz rumah SASaR ini berkeluasan 1,000 kaki persegi maka harga sekitar RM150,000 di Kuala Lumpur.
"Memang itu keutamaan kementerian ini untuk memastikan kebajikan anggota-anggota tentera ini terbela dan terjaga," katanya.
Mengenai kebajikan veteran tentera berpencen dan tidak berpencen, Adly berkata kementerian itu menetapkan lima aspek penekanan antaranya memberi tumpuan kepada kebajikan, kesihatan, perumahan dan pendidikan.
"Sebelum ini kementerian ini memberi tumpuan kepada veteran berpencen namun pada kali ini veteran tidak berpencen juga mendapat bantuan sara hidup.
"Setakat ini, sebanyak 23,000 penerima bantuan sara hidup terdiri daripada veteran berpencen dan tidak berpencen. Bantuan ini akan dapat meringankan beban mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pada masa ini sebanyak 4,700 unit RKAT telah disiapkan secara berperingkat. - Gambar fail

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv
Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis.

Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.

Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.

PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.