KUALA LUMPUR: Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta telah berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Okt hingga 3 Nov lepas melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Minggu Solidariti Palestin diadakan bertujuan mendidik murid dan warga KPM mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.
Cek cura Dana Kemanusiaan Palestin itu telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek oleh Ketua Setiausaha KPM, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi pada Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat yang merupakan aktiviti kemuncak dan penutup Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Jumaat lepas.
Acara anjuran KPM itu telah melibatkan 800 murid daripada institusi pendidikan KPM dan lebih 200 pegawai KPM bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin serta menyokong nilai keamanan sejagat.
Antara pengisian utama acara berkenaan termasuk deklamasi sajak, persembahan lakonan dan nyanyian serta pidato kemanusiaan. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023

Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta telah berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Okt hingga 3 Nov lepas melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan. - Gambar REUTERS

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Minggu Solidariti Palestin raih kutipan dana RM9.2 juta
Minggu Solidariti Palestin bertujuan mendidik murid dan warga KPM mengenai nilai manusiawi.