KUALA LUMPUR: Memori membeli snek atau 'jajan' secara timbang yang disusun di dalam tin besar di kedai runcit atau pasar malam pastinya menggamit kenangan kalangan kita yang membesar pada era 60-an hingga 90-an.
Kenangan tersebut turut tersemat rapi dalam ingatan Joyee Tan, 25, dan memberi ilham kepadanya menghasilkan miniatur rantai kunci dan subang dalam bentuk keropok roda, biskut gula aising dan biskut berbentuk ikan bersaiz sekitar 3 sentimeter yang hampir menyamai saiz sebenar makanan nostalgia tersebut.
Lebih menarik dan menonjolkan ciri lokal, miniatur buatan tangan sepenuhnya daripada bahan 'resin clay' atau 'soft clay' itu juga divisualkan bersama bungkusan beg plastik dan balang berpenutup merah yang sering digunakan untuk menyimpan snek tersebut.
"Idea untuk menghasilkan koleksi snek ini tercetus selepas ibu saya membawa pulang biskut aising berwarna-warni baru-baru ini, memori dan kenangan indah zaman kanak-kanak secara automatik terimbau apabila melihat biskut tersebut.
"Ramai yang merindui kenangan zaman kanak-kanak tambahan pula dalam situasi sukar yang dihadapi kini...(pada masa itu) kita belum mempunyai komitmen dan tanggungjawab serta tidak perlu berfikir banyak perkara selain berasa bebas dan sentiasa gembira," katanya kepada Bernama.
Ditanya berkenaan cabaran terbesar dalam menyiapkan miniatur, Tan berkata pembuatan yang memerlukan masa dua hingga lima jam seunit itu memerlukan ketelitian dan kesabaran sangat tinggi.
"Mula-mula saya akan membentuk tanah liat mengikut saiz dikehendaki dan mencantumkan ia menjadi objek dengan bantuan alat seperti 'epoxy putty', 'AB silicone liquid', 'mould putty', berus (shapers brushes), dan pisau kraf," katanya.
Tan yang mengusahakan perniagaan tersebut bersama sahabat baiknya Renee Wong, 23, sejak Februari lepas turut menghasilkan pelbagai miniatur makanan lain seperti croissant, onigiri serta makanan tradisional kuih kapit.
"Pada mulanya kami (Tan dan Wong) banyak menghasilkan miniatur makanan berasal dari negara luar, tetapi miniatur seperti ini mudah didapati di mana-mana, jadi untuk tampil unik, kami mula mengetengahkan makanan tempatan," katanya yang mahu fokus dengan konsep makanan.
Beroperasi di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur Tan juga yakin bahawa makanan mempunyai nilai sentimental tersendiri bagi setiap individu yang mampu membangkitkan kenangan sama ada pahit atau manis.
"Saya sering dihadiahkan makanan oleh rakan-rakan kerana sifat suka mencuba, walaupun gembira pada ketika itu namun timbul perasaan 'terkilan' kerana tentunya makanan bukanlah barangan yang boleh disimpan (secara fizikal) selamanya.
"Oleh sebab itulah saya mula membuat miniatur makanan kerana mahu 'mengawetnya', jadi makna dan memori di sebalik makanan tersebut tidak dilupakan begitu sahaja.
"Mungkin ramai yang beranggapan cukuplah sekadar menyimpan kenangan tersebut dalam ingatan, tetapi pada saya, kenangan berharga itu secara perlahan-lahan akan dilupakan jika tiada imej atau objek yang boleh mengingatkannya," katanya yang berhasrat menghasilkan lebih banyak miniatur bercirikan makanan masyarakat Malaysia.
Memasarkan barangan tersebut di bawah jenama 1/12 Space secara dalam talian dengan harga sekitar RM12 hingga RM127, miniatur itu juga mendapat sambutan baik daripada pelanggan dengan mendapat lebih 40 tempahan sebulan. -- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Aug 07 2021
Joyee Tan menunjukkan cara beliau membuat miniatur rantai kunci daripada bahan seperti 'resin clay' menggunakan alat seperti 'epoxy putty', 'AB silicone liquid', 'mould putty', berus (shapers brushes) dan pisau kraf. - Bernama
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Op Bersepadu: Had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal juga akan dihentikan sementara waktu agar tidak menjejaskan aliran trafik.
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.
Lebih 1,000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 migran, termasuk beberapa warga Venezuela, memulakan perjalanan dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh penarafan positif terkini oleh Moody's terhadap penarafan kredit berdaulat Malaysia.
Snek tular 'dragon's breath' sebabkan keracunan, Indonesia keluarkan amaran
Snek itu terdiri daripada pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni yang disalut dengan nitrogen cecair dan topping coklat.
Miniatur biskut gula aising, keropok roda gamit kenangan zaman kanak-kanak
Memori membeli snek atau 'jajan' secara timbang yang disusun di dalam tin besar di kedai runcit atau pasar malam pastinya menggamit kenangan.
Nadi Niaga: Pengusaha ambil kesempatan trend snek makanan sihat
Bermula dengan modal 200 ringgit, siapa sangka, Akmal Jamil, anak kelahiran Alor Setar mampu membawa produk berasaskan makanan sihat ke satu tahap yang mampu menembusi pasaran luar negara.